Saturday, July 4, 2020

rahsia buku kecil


Rahsia buku kecil Tun M ,
“Jangan tunggu lama - lama , nanti lupa ”



Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa membawa buku catatan kecil mana - mana jua dan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet .

“ Saya catat masa itu juga .
Jangan tunggu lama - lama ,
nanti lupa .
Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan ,”

Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu , beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya .

“ Depan pun bubuh ( tulis ) ,
belakang pun bubuh , ” katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan .

Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London .

Dr Mahathir berkata ,
beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet ,
yang dipengerusikannya .

“ Saya lihat apa yang perlu dilakukan ,
saya tulis nota di sini ( buku ) .
Bila mesyuarat Kabinet ,
saya sebutlah benda ini . ”

“ Sebagai perdana menteri ,
saya bertanggungjawab secara keseluruhan , yang jalan tugas menteri - menteri . ”

“ Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu ,
supaya dia ambil tindakan , ”
Share this article :

0 comments: