Thursday, November 26, 2020

Monday, November 23, 2020

sedih dan sunyi

No comments:

 

Kesedihan dan kesunyian Mahathir
oleh Pak Zin
 


Pada 19 November lalu, Khamis, Dr Mahathir Mohamad dalam blognya meluahkan perasaan sedih dan kesunyiannya apabila merakamkan peringatannya pada Khalid Julong.
Menurut beliau, dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
Khalid meninggal dunia sehari sebelum itu, 18 November 2020. Ia merujuk pada generasi pertama pejuang kemerdekaan.
Siapakah Khalid Julong? Beliau ialah Tan Sri Khalid Abdullah berusia 98 tahun ketika meninggal dunia.
Maknanya beliau lebih tua daripada Mahathir, yang kini berusia 95 tahun. Terdapat sebuah syarikat Khalid yang bernama Julong Sdn Bhd.
Tidak banyak orang yang dapat mencapai usia begitu panjang.
Maka apabila Mahathir berkata dengan pemergian Khalid itu berakhirlah satu generasi pejuang Melayu, bermakna tinggal beliau yang masih hidup.
Tetapi keistimewaan Mahathir berbanding dengan anggota generasinya yang lain ialah beliau masih sihat, aktif dan berpengaruh dalam politik.
Masih mampu hadir dan berucap di Dewan Rakyat.
Daripada maklumat yang penulis terima, Khalid dan ahli-ahli keluarganya adalah penyokong Bersatu ketika Mahathir menjadi pengerusinya.
Mahathir menggunakan ungkapan “pejuang Melayu” bagi menyifatkan satu kumpulan yang sedar politik dalam generasi beliau.
Iaitu satu generasi muda selepas Perang Dunia Kedua.
Perkataan “pejuang” ini membawa konotasi seseorang bergiat untuk mencapai matlamat politik tanpa menghiraukan sebarang balasan kewangan atau jawatan.
Ia merupakan ciri-ciri aktivis generasi awal Umno terutamanya sebelum merdeka.
Ciri-ciri ini mula hilang selepas masuk generasi kedua dan ketiga setelah merasa kekuasaan yang boleh mendatangkan ganjaran.
Istilah “pejuang” ini juga yang digunakan bagi nama parti barunya, Parti Pejuang Tanah Air.
Ketika penubuhannya, Mahathir menekankan soal perjuangan tanpa mengharapkan ganjaran.
Parti ini masih tidak dapat kelulusan daripada pendaftar pertubuhan (RoS).
Rasanya kelulusannya mungkin dihalang oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu.
Menurut Mahathir, beliau berkenalan dan berdamping dengan Khalid dalam arena politik apabila tamat sahaja Perang Dunia Kedua.
Mereka berada dalam Saberkas yang merupakan “sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya” .
Saberkas merujuk pada Syarikat Bekerjasama Am Saiburi yang ditubuhkan pada Januari 1946, iaitu sebelum penubuhan Umno lagi.
Ia bukanlah syarikat perniagaan, tetapi merupakan badan politik.
Pada masa itu, persatuan disebut juga sebagai syarikat iaitu persepakatan sekumpulan orang.
Bekerjasama am merujuk pada kegiatannya yang berbentuk umum, sama ada politik, ekonomi atau sosial.
Saiburi pula adalah nama Kedah dalam bahasa Siam.
Semasa pendudukan Jepun, Kedah seperti mana juga Perlis, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kekuasaan Siam.
Siam hanya melepaskan negeri-negeri itu pada British setelah diugut London akan menggunakan kuasa veto menghalang negara itu daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Saberkas adalah pertubuhan kecil dan kewujudannya tidak lama kerana ia kemudian menjadi sebahagian daripada cawangan-cawangan Umno.
Tetapi dalam buku-buku sejarah, Saberkas ini dikenali sebagai kumpulan radikal, malah mempunyai kecenderungan fahaman kiri.
Radikal di sini bermaksud mahu perubahan yang cepat, dan kiri bermakna tumpuannya adalah membela kepentingan rakyat umum yang kebanyakannya susah.
Akibatnya, menurut catatan sejarah, ia kurang mendapat sambutan kerana orang Melayu adalah konservatif dan tidak suka pada perubahan radikal, apatah lagi dengan ada unsur kekirian.
Maka pertubuhan yang lebih dapat diterima ialah Kesatuan Melayu Kedah.
Namun begitu kedua-dua pertubuhan itu menghantar wakil ke perhimpunan Umno.
Apabila Umno Kedah ditubuhkan, ia terdiri daripada Kesatuan Melayu Kedah dan Saberkas juga.
Menurut Mahathir: ” British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.”
Selepas Perang Dunia Kedua, British kembali ke Tanah Melayu dengan merancang untuk memiliki negeri ini.
Malayan Union yang dilaksanakan mulai tahun 1946 itu adalah hendak menjadikannya sebagai tanah jajahan yang kekal.
Ia berbeza daripada apa yang berlaku sebelum perang.
Ketika itu yang menjadi tanah jajahan British adalah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dalam pentadbiran yang bernama Negeri-negeri Selat.
Sementara sembilan negeri Melayu yang lain merupakan negeri-negeri naungan atau protectorates dalam sistem Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Keseluruhan entiti ini dipanggil British Malaya.
Walaupun ia merupakan satu sistem kolonial tetapi kedudukan negeri-negeri naungan adalah berbeza daripada tanah jajahan.
Dalam negeri naungan, raja-raja masih berdaulat walaupun kuasa pentadbiran dipegang British melalui perjanjian.
Dalam Malayan Union pula, raja-raja bukan saja tidak berdaulat tetapi kedudukannya dihapuskan.
Begitu juga negeri-negeri. Union bermaksud kesatuan. Maka sudah tiada negeri-negeri di mana kesemuanya digabungkan di bawah satu pentadbiran di Kuala Lumpur.
British memerlukan Malaya kerana ketika itu satu perempat daripada pendapatan ekonominya datang dari negeri “kenit” ini.
Getah dan timah menjadi sumber pendapatan penting dan ia tidak akan melepaskan bumi ini.
Dengan Malayan Union, ia menjadi wilayah bebas bagi British untuk membawa masuk sesiapa saja ke negeri ini.
Ia sudah tidak menjadi Tanah Melayu dan bangsa Melayu dikira sudah tiada. Apa yang ada ialah Malaya.
Selain penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, pergolakan dunia memaksa Britain memberikan kemerdekaan pada Tanah Melayu.
Perang Dingin membawa kepada Darurat apabila Parti Komunis Malaya mengangkat senjata pada tahun 1948 atas arahan Soviet Union.
Amerika Syarikat pula tidak mahu British kembali kuat dengan terus mengekalkan empayarnya.
Mahathir menyebut nama rakan-rakan seperjuangannya iaitu dari satu generasi awal; “Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha dan Chegu Senu”.
Khir Johari adalah menteri pelajaran dalam kabinet Tunku Abdul Rahman.
Chegu Senu merujuk pada Senu Abdul Rahman, pernah menjadi setiausaha agung Umno yang lantang bersuara.
Semuanya sudah tiada.
“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian,” kata Mahathir.
Dalam politik, Khalid adalah wakil rakyat bagi Alor Merah dan pernah menjadi exco negeri Kedah.
Selepas politik, beliau memasuki dunia korporat, pernah menjadi pengarah di Pernas International Holdings sebelum menyertai Utusan Melayu (M) Bhd sebagai pengerusi eksekutif.
Beliaulah yang mengusahakan supaya Utusan Melayu menjadi syarikat korporat dengan nama Kumpulan Utusan untuk disenaraikan di bursa saham.
Selain itu beliau mengusahakan sebuah bangunan ibu pejabat di Wangsa Maju, tetapi kemudiannya dijual pada Felcra.
Tetapi perjuangan Mahathir sendiri penuh dengan liku-liku kesedihan dan kesunyian.
Dari awal lagi, beliau bertembung dengan Tunku yang menghalangnya bertanding dalam pilihan raya pertama tahun 1959 walaupun Mahathir adalah calon jauh lebih layak berbanding yang lain.
Perjuangan politiknya yang panjang, penuh dengan pergolakan. Beliau menubuhkan Umno Baru bagi menggantikan Umno lama.
Beberapa dekad kemudian, beliau menubuhkan Bersatu yang hendak dijadikan pengganti Umno tetapi parti itu telah meninggalkannya.
Pejuang merupakan usaha terkini yang lebih sukar untuk menggantikan Bersatu dan Umno.
Selain itu, orang yang disediakan untuk menggantikannya juga tidak menjadi: Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan akhir sekali, Muhyiddin Yassin.
Sememangnya Mahathir kesunyian.
 

 
Continue Reading...

Friday, November 20, 2020

khalid julong

No comments:

 

KHALID JULONG
1. Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
2. Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua. Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.
3. British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.
4. Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.
5. Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.
6. Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT.
- Yb Tun Dr Mahathir Mohamad
Kredit Gambar : Astro Awani
 
 

Continue Reading...

Tuesday, November 3, 2020

suara seorang maryam

No comments:

 

Presiden Perancis Emmanuel Macron membayar 10 juta Euro dan membebaskan 200 tahanan utk ditukar dgn seorang mubaligh Perancis Shopie Petronin yg ditahan di Mali. Lalu dia menyambut kedatangan Shopie di bandar. Tetapi yg terjadi ialah Shopie Petronin seorang mubaligh Kristian di Mali dan ditahan oleh kelompok Islam itu ternyata telah mendapat hidayah Allah dan memeluk Islam serta mengubah namanya menjadi Maryam.
Status Maryam sebagai seorang wanita muslimah hanya diketahui setelah disambut dgn penuh penghormatan oleh Macron yg telah banyak berkorban utk membebaskan Maryam.
Presiden Perancis tersebut sering menzahirkan kebenciannya terhadap Islam. Terkini, dia mengatakan bahawa Islam ialah agama bencana dan pembawa krisis. Melalui Maryam, Allah SWT telah memalukan dirinya di hadapan rakyatnya. Alhamdulillah..
Berikut ialah pesanan drp Maryam Petronin, wanita kulit putih Perancis yg telah memeluk Islam kpd Presiden Perancis, Macron.
Tuan Macron,
Kedamaian bagi mereka yg mengikuti petunjuk dan berikutnya saya menerima bahawa anda hairan bagaimana Sophie Petronin, seorang wanita Perancis ras kulit putih murni, Kristian Katolik telah memeluk Islam setelah 75 tahun menjadi Kristian dan setelah 4 tahun berada dlm tahanan umat Islam.
Izinkan saya meringkaskan segalanya utk anda Tuan Macron..
Ya, saya seorang tawanan muslim tetapi mereka tidak pernah menyentuh saya dgn perlakuan keji dan mereka melayan saya dgn penuh penghargaan dan penghormatan. Mereka memberikan saya makanan dan minuman dan mempengaruhi saya dgn keperibadian mereka sendiri meskipun kuasa tersebut jarang berlaku dan mereka menghormati privasi saya.
Mereka tidak pernah mendera saya secara lisan atau fizikal dan mereka tidak pernah menghina agama saya, Jesus atau Perawan kedamaian ke atas mereka berdua seperti yg anda lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Mereka tidak memaksa saya memeluk Islam tetapi saya melihat akhlak mereka sebagai orang-orang yg sentiasa menyucikan diri dgn air dan berdoa kpd Tuhan, solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan.
Tuan Macron,
Muslim di Mali memang miskin. Ya, negara mereka miskin. Tidak ada Menara Eiffel dan mereka tidak tahu kemasyhuran minyak wangi Perancis kita tetapi mereka ialah yg paling bersih drp kita dan memiliki hati yg paling murni.
Ya, mereka tidak memiliki kenderaan mewah dan tidak mendiami menara-menara yg tinggi tetapi mereka memiliki sifat keprihatinan yg lebih tinggi drp awan dan mempunyai keimanan yg lebih teguh drp gunung-ganang.
Tuan Macron,
Pernahkah anda mendengar bacaan Al-Quran dlm hidup anda, ketika mereka membaca Al-Quran dlm doa mereka di waktu fajar dan di waktu malam?
Betapa indahnya bacaan tersebut bahkan jika anda tidak mengerti apa yg mereka lantunkan, tubuh anda akan gementar ketika mendengar mereka melantunkan firman Tuhan kerana mereka mengingatinya dgn hati.
Kemudian anda menyedari dlm fikiran bawah sedar anda bahawa ini bukanlah ucapan manusia melainkan melodi syurgawi yg turun dari langit dan anda memiliki keinginan yg kuat utk mengetahui apakah maksud drp apa yg mereka nyanyikan di waktu fajar dan di waktu malam hari drp kata-kata pujian syurgawi.
Tuan Macron,
Sudahkah anda melakukan sujud dlm hidup anda utk Tuhan, membuatkan dahi anda menyentuh tanah dan berbisik kpd Tuhan tentang kebimbangan anda dan berterima kasih kpdNya atas berkatNya seperti yg mereka lakukan? Pernahkah anda merasakan kedekatan Tuhan dgn anda dan kedekatan anda dgnNya?
Tuan Macron,
Wanita mereka hitam seperti arang, tetapi hati mereka putih seperti susu. Mereka memakai pakaian yg sederhana tetapi di mata lelaki-lelaki mereka, mereka adalah wanita yg paling cantik. Tidak ada seorang pun drp wanita mereka yg bergaul dgn lelaki-lelaki asing, tidak menggoda mereka dan tidak membenarkan seorang lelaki pun masuk ke dlm rumahnya tanpa kehadiran suaminya. Mereka tidak minum alkohol, tidak bermain judi dan tidak berzina.
Tuan Macron,
Kaum muslimin di sana percaya kpd semua Nabi, bahkan Nabi Tuhan Jesus yg mereka cintai lebih drp kita. Juga ibunya, Maryam yg saya namakan diri saya mengikut namanya kerana cinta dan penghormatan mereka yg besar terhadap Maryam dan kedudukannya.
Tuan Macron,
Anda mungkin bertanya kpd saya bagaimana mereka mencintai Tuhan Kristian (Allah, Nabi Isa dan Maryam) drp kita?
Saya menjawab bagi pihak anda, YA! mereka mencintai Tuhan Kristian lebih drp kami kerana negara kami menumpahkan darah orang yg tidak bersalah atas nama Kristian, negara mereka menjadi sunyi dan kekayaan mereka dijarah, jadi kami menikmati barang-barang dari negara-negara muslim dan kami memindahkan cukai drp penguasa mereka dgn berbagai cara dan kami melaksanakan projek komersial secara paksa dan kepenggunaan yg tidak berkembang kpd mereka dan menyebarkan hasutan di antara mereka kemudian menjual senjata utk membunuh satu sama lain, tetapi kami tetap menganggap mereka sebagai pengganas ketika mereka menyedari bahawa kami ialah pengganas yg sebenar bukannya mereka.
Tetapi mereka memperlakukan saya dan saudara lainnya dgn moral Kristian yg kami pelajari di gereja-gereja tetapi kami tidak menerapkannya dlm realiti kehidupan kami.
Tuan Macron,
Kesimpulannya, saya tidak ingin mendeklarasikan Islam saya di Mali sehingga saya tidak akan dikatakan telah memeluk Islam dibawah pedang dan saya memutuskan utk mendeklarasikan Islam saya ketika saya telah bebas ditanah Prancis utk menyampaikan mesej Islam kpd jutaan orang Perancis dan Eropah dgn sekutu Kristian dan atheisnya secara keseluruhan.
Tuan Macron,
Agama Islam yg kamu perangi siang dan malam ini telah menggerakkan hati saya dan memenuhi fikiran saya.
Saya tidak lagi melihat Perancis dgn keindahan dan kemasyhurannya. Mali lah yg paling indah drp gaya kehidupannya yg miskin dan sederhana. Bahkan saya telah memutuskan utk kembali lagi ke Mali setelah saya mengajak keluarga dan orang yg saya cintai memeluk Islam.
Kerana saya ingin mereka merasakan betapa manisnya apa yg telah saya rasakan drp penyembahan kpd satu-satunya Tuhan yg utkNya tidak ada Tuhan selain Dia, Yg Maha Pemurah, Yg Maha Penyayang dan saya inginkan kebaikan buat mereka di dunia ini dan di akhirat.
Saya juga mengundang anda memeluk Islam dan mengulang kembali pengakuan anda dgn agama yg besar ini, yg juga merupakan pesanan drp semua Nabi dan Rasul dari zaman Adam, melewati Jesus Kristian dan diakhiri dgn Tuan Anam iaitu Muhammad SAW ke atas Baginda kedamaian dan kesejahteraan bagi mereka yg mengikuti petunjuk.
Maryam Petronin
 

 
Continue Reading...

jambatan pulau pinang

No comments:

 

SEJARAH JAMBATAN PULAU PINANG | Terpanjang di Asia Tenggara
 
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai. Ia bermula daripada idea mantan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu. Cetusan itu dilahirkan setelah beliau berpendapat sebuah jambatan perlu didirikan bagi menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth di tanah besar sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.
1) Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu) 2) Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu) 3) Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu) 4) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu) 5) Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang) 6) Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter 7) Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter 8) Gantungan utama: 225 Meter 9) Gantungan hujung: 107.5 Meter 10)Gantungan lain: 40 Meter 11)Had laju: 80 km/j
Tarikh-tarikh Penting : Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang. Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya. 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate. Tahun 1982 - Pembinaan bermula. 3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. 14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam.
Sewaktu dalam pembinaan
Kerja-kerja pembinaan jambatan Pulau Pinang mengambil masa empat tahun.
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan
masing-masing sewaktu perasmian.
Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang. Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Pada 13 April 1985, sebuah jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) dengan empat menara di bahagian tengahnya yang terletak 33 meter dari paras laut siap dibina. Kerja-kerja pembinaannya hanya mengambil masa selama empat tahun dengan peruntukan sebanyak RM850 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Ilham seni rekaan jambatan tersebut datangnya daripada anak tempatan yang merupakan seorang pakar dalam bidang kejuruteraan geoteknikal dan merupakan bekas Pemangku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada tahun 1960-an. Berasal dari Nibong Tebal, mendiang Profesor Tan Sri Ir. Chin Fung Kee berjaya meluahkan ilham inovatifnya dengan menggunakan rekaan seismik bagi menghalang binaan jambatan daripada runtuh apabila berlaku gempa bumi. Reka bentuk jambatan tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah gelegar konkrit. Kaedah itu menggunakan kabel penahan seperti yang terdapat pada jambatan Golden Gate Bridge di San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) dan bukannya kaedah tambatan keluli yang digunakan dalam pembinaan Sydney Harbour Bridge. Dari segi fakta kejuruteraan, cerucuk yang digunakan bagi membina jambatan tersebut adalah sepanjang 648 km yang bersamaan jarak dari Butterworth ke Johor Bahru. Uniknya, jambatan tersebut mampu menahan kesan gempa bumi sehingga berukuran 7.5 skala Richter manakala keseluruhan jambatan tersebut panjangnya 13.5 km, dengan 8.4 km daripada jambatan berada di atas paras laut.
Tun Mahathir menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dengan kereta Proton Saga merah pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985
 
 

Continue Reading...