BARAT BERGEGAR KEPALA OTAKNYA DENGAN SATU PERENGGAN TULISAN TUN MAHATHIR !
Ini orang tua bukan sembarangan orang tua. Dia tahu all out bagaimana barat melayan isu hak asasi dan sensitiviti.
2 minggu lepas seorang guru di Perancis dibunuh kerana meraikan agenda hak asasi dengan menghina Nabi Muhammad saw di depan pelajarnya.
Presiden Perancis membela guru dan kartunis Charlie Hebdo. Macron menganggap ini adalah lakuan dan karya hak asasi.
Kenyataan Macron ini dibidas beberapa pemimpin islam seluruh dunia.
Erdogan menyarankan agar Macron dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian sakit mental.
Ayatollah Khomeini dan Rouhani pemimpin Iran menggelar sokongan Macron terhadap Charlie Hebdo sebagai tindakan politik yang bodoh.
Kuwait telah melancarkan boikot barangan Perancis di atas sikap kurang ajar mereka terhadap Rasulullah saw.
Pakistan dll negara mengutuk perkara yang sama.
Persoalan mudah. Takkan Macron tak faham sensitiviti umat islam terhadap penghinaan khususnya kepada Nabi Muhammad saw ?
Sudah pasti dia ketahui. Cuma mengapa dia sengaja pura-pura buat tahu ?
Jawapannya adalah mudah. Macron bakal menghadapi pilihanraya umum akan datang. Maka sesuatu yang kontroversi dan mampu meraih sokongan pengundi perlu dilakukan.
Strategi Macron dalam menghina islam demi untuk populariti dan propaganda pilihanraya adalah slapstik dan diketahui umum.
Pada 2017 calon pilihanraya Presiden Perancis pun melakukan perkara yang sama dalam kempennya. Menghina islam untuk populariti politik.
Seolah menjadi kecenderungan pemimpin barat tatkala mereka menuju pilihanraya maka isu islam akan dimainkan untuk meraih sokongan.
Lupakah kita bagaimana George Bush snr/jnr memainkan isu WMD di Iraq ?
Lupakah kita bagaimana Pauline Hanson watak super rasis agama menghina islam sewaktu pilihanraya di Australia ?
Macron juga memilih kaedah yang sama.
3 hari lepas Tun Mahathir mengkritik kelakuan Macron. Bagi Tun Mahathir demokrasi barat lebih mengutamakan hak asasi daripada sensitiviti.
Maka satu rencana panjang telah ditulis oleh Tun Mahathir. Dinukil di dalam blognya dan disertakan di dalam FB dan Tweeternya.
Tajuk artikel ini RESPECT OTHERS. Ia mempunyai 13 point perbahasan.
Kontroversi pada pandangan barat berlaku bilamana pada perenggan ke 12 Tun Mahathir menulis begini ;
********************
12. Umat Islam mempunyai hak untuk marah dan membunuh berjuta orang Perancis untuk pembunuhan besar2an yang dilakukan dahulu ( merujuk kepada mangsa pembunuhan hampir 1.5 juta umat islam Algeria yang dilakukan tentera Perancis )
Tapi kebanyakan orang islam tidak menuntut nyawa untuk nyawa. Orang islam takkan berbuat begitu. Orang Perancis juga tak sepatutnya begitu.
*************************
Barat meletop kepala otaknya tatkala membaca perenggan 12 ini.
Pecah kepala otak sampai bergegar jemaah menteri Perancis bila diperli dengan sebegini halus oleh Tun Mahathir.
Seorang menteri muda perancis menggesa FB dan Tweeter menggantung akaun Tun Mahathir.
Saranan ini tak dilayan. Sebaliknya FB dan Tweeter hanya memaparkan perenggan pertama sahaja daripada para no 12.
Sambungan perenggan itu TELAH DIPADAMKAN OLEH MEREKA.
Maka bergentayanganlah barat dan media sana melanyak Tun Mahathir cukup-cukup.
Dari media Perancis sampai ke Australia mengambil peluang mengganyang artikel ini.
Mereka tahu para 12 ini punyai barisan ayat panjang dan bersambung.
Namun bila dipadamkan separuh maka tonasi makna menjadi lain.
FB,Tweeter dan media barat memadamkan ayat Tun Mahathir yang menyebut pembunuhan berjuta umat islam dilakukan oleh Perancis.
Mereka juga memadamkan ayat orang islam punyai hak untuk marah. Tetapi orang islam tidak menuntut nyawa untuk nyawa.
Barat memadam ayat Perancis sepatutnya mengajar orang mereka ( Macron/Charlie Hebdo dll ) untuk menghormati perasaan orang lain.
Tajam tulisan Tun Mahathir ini hingga media barat nampak cukup sepakat dan mengambil peluang melanyak Tun Mahathir.
Panas mereka dengan para 12. Panas hati mereka bila ada pemimpin besar islam mengkritik dan mendedahkan jahat lampau mereka.
Tun Mahathir kerapkali dengan keras membidas hipokrasi dunia luar dalam melayan umat islam. Kali ini giliran Perancis.
Kesimpulan.
Tun Mahathir bagitau dalam masyakat berbilang kaum dan agama faktor sensitiviti perlulah selalu dititik beratkan.
Perenggan 12 artikel Tun Mahathir telah dipadam separuh. Maka tonasinya sudah menjadi lain dan lari daripada tulisan asal.
Palestin, Bosnia,Uighur,Rohingya,Kashmir, Negara Timur Tengah seperti Iraq dll semuanya telah dibela beliau. Tun Mahathir...seluruh dunia islam berbangga dengan Tuan.
0 comments:
Post a Comment