selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Friday, November 9, 2012

airmata lynas

No comments:


Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan sebilangan besar pekerja kilang Lynas Advance Material Plant (Lynas), Gebeng selain mengalirkan air mata gembira tanda kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi hari ini.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam keputusannya hari ini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas sebelum ini, oleh tiga penduduk Kuantan sekaligus membolehkan Lynas memulakan operasinya setelah digantung sementara waktu ekoran injunksi berkenaan.

Kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 500 orang itu berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini sejak awal pagi dan laungan takbir bergema sejurus seorang wakil memberi perkhabaran gembira tersebut.

 KAKITANGAN Lynas berdoa tanda syukur di pekarangan mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan syarikat memproses nadir bumi itu memulakan operasi, di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

Suasana di kompleks tersebut menjadi sayu seketika apabila ada di kalangan mereka mula menangis dan manadah tangan berdoa tanda bersyukur di atas ‘kemenangan’ kecil tersebut.

Dengan memakai pakaian seragam berwarna kuning manakala penyokong pula memakai baju berwarna biru muda, mereka turut membawa kain rentang tertulis ‘jangan kacau periuk nasi kami’, ‘siapa nak bagi anak kami makan’, ‘hentikan fitnah terhadap Lynas’, ‘saya memang sayang Lynas’ dan ‘Lynas Kuantan bakal Pusat Teknologi Hijau Negara’.

Keputusan itu bagaimana pun disambut dengan keadaan yang berbeza oleh pihak anti-Lynas yang hanya dianggarkan sekitar 200 orang sahaja hadir.
Kumpulan anti-Lynas seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang sebelum ini begitu ghairah hadir ke mahkamah bagi mengikuti kes berkenaan seperti tidak dapat menerima kenyataan apabila beredar meninggalkan mahkamah sebaik sahaja mengetahui permohonan mereka ditolak.

Dalam pada itu, Naib Presiden Lynas Corporation Datuk Marshal Ahmad berkata kepada pemberita, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini kerana kesusahan yang dialami oleh pihaknya sejak sekian lama berakhir.

“Kami sekarang akan menumpukan segala usaha untuk memulakan operasi kilang secepat mungkin kerana ia adalah pelaburan yang terbesar. Mudah-mudahan dengan keputusan ini pelabur-pelabur asing akan kembali yakin dan melabur di Malaysia yang kita kasihi,” katanya.

Beliau juga berharap dengan keputusan itu segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan ke atas Lynas dapat dihentikan segera.

“Saya juga ingin menjemput semua pihak termasuk kumpulan anti-Lynas untuk datang sendiri ke kilang kami dan membawa pakar masing-masing supaya mendapat fakta yang betul,” katanya.

Seorang pekerja, Muhammad Syafiq Sukri, 24, berkata kebenaran telah terbukti dengan keputusan mahkamah hari ini dan berharap yang menentang dapat berhenti daripada terus menabur fitnah ke atas ‘periuk nasi’ beliau dan rakan-rakan sekerja yang lain. BERNAMA

Catatan Kedua



Doktor Pakar Bosan Dengan Kerenah Pembangkang

 Seorang doktor terkemuka di Pahang menolak "pembohongan" berterusan disebarkan pembangkang di kalangan penduduk tempatan tentang kebimbangan pelepasan radioaktif dari loji nadir bumi Lynas bernilai RM2.5 bilion yang siap dibina di sini, baru-baru ini. Beliau berkata kempen anti-Lynas itu semata-mata bermotif politik untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Dr Looi Hoong Wah, seorang doktor perunding yang telah memberi perhatian 40 tahun dalam perubatan nuklear dan fizik zarah, berkata aktivis anti-Lynas berusaha mempengaruhi pemikiran rakyat di Kuantan sejak dua tahun lalu walaupun hakikatnya "tidak wujud langsung sisa radiasi atau sebarang sisa toksik" dari loji itu.

Keselamatan Lynas disahkan oleh enam badan bebas, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB, badan tertinggi dunia mengenai tenaga atom.

"Bahan yang mereka bawa tidak ada apa kecuali minyak nadir bumi mengandungi cebisan lemah radioaktif thorium 232. Ia adalah bahan radioaktif yang cukup lemah dan mempunyai jangka hayat amat panjang puluhan bilion tahun.

"Dan dengan semua ini kumpulan anti-Lynas kata...oh cucu cicit kita akan menderita selama 14 bilion tahun. Ini semua karut," katanya.

Dr Looi berkata jika seseorang melihat separuh hayat bahan radioaktif (masa diperlukan bagi sesuatu kuantiti menurun kepada separuh daripada nilainya),lebih lama separuh hayat itu, semakin kurang pula bahayanya.

"Misalnya, jika separuh bahagian rumah terbakar dalam 14 bilion tahun, adakah ia menimbulkan sebarang masalah? Tidak, ini kerana terdapat hanya secebis api, sedangkan jika ia terbakar dalam masa 40 minit, maka ramai orang yang terbunuh atau cedera.


"Begitu juga dengan plumbum, yang kita gunakan dalam bateri kereta kita. Ia juga mempunyai separuh jangka hayat yang lama 19 bilion tahun. Oleh kerana ia mempunyai separuh hayat yang panjang, ia sebenarnya bersifat 'non-radioaktif' bila anda gunakannya pada kereta. Jadi thorium amat lemah dari segi radioaktif," katanya kepada Bernama pada satu temu bual.

Ditanya bagaimana beliau berminat terhadap sains nuklear dan fizik zarah, Dr Looi berkata minat timbul ketika beliau seorang pelajar perubatan di Manchester kira-kira 40 tahun lalu oleh kerana seorang daripada tutornya ialah ahli fizik nuklear.
Beliau berkata, beliau biasa meletakkan thorium di tangannya tanpa sebarang kesan sampingan hingga hari ini kerana thorium, bila dilepaskan keluar berhubung dengan elektron bagi menghasilkan gas helium, seperti yang digunakan bagi meniup belon, ia langsung tidak berbahaya.
"Thorium 232 atau produk sisa mengeluarkan hanya cebisan elektron, yang merupakan bahan elektrik. Ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Anda dapati radiasi Lynas, sebaik saja anda di luar sempadan loji itu, radiasinya sifar. Tidak ada alat di bumi ini yang begitu sensitif untuk dapat mengesannya," katanya.
Dr Looi berkata maklumat salah mengenai Lynas berdasarkan anggapan karut kerana pada badan manusia pun ada radioaktiviti akibat potassium, yang doktor beri kepada pesakit bagi mengawal pengambilan garam dalam kes hypertensi dan kes-kes lain.

"Malahan pada badan kita, kita mempunyai kira-kira 4,400 becquerel (Bq)sementara sisa dan bijih Lynas mengandungi kurang daripada 6 Bq per gram. Ini sudah melebihi 124 kali dari jumlah pada situasi paling buruk di Lynas.

"Jadi mengapa bersungut mengenai sebuah Loji Lynas di Gebeng di sini sedangkan terdapat 124 loji Lynas dalam badan anda yang mengeluarkan radioakiviti?"

Ditanya mengenai kesan terhadap pekerja, beliau berkata apa yang mungkin mereka dapat ialah kurang dari 20 peratus dos yang dibenarkan.

Dr Looi juga menyebut kata-kata Dr Nick Tsurikov, pakar radiasi antarabangsa, bahawa tidak ada langsung risiko radiasi di Loji Lynas.

Beliau berkata penentang berhadap loji itu harus mengambil kira lebih daripada 1,000 pekerjaan berkualiti yang dipertaruhkan dan mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai keluarga yang perlu diberi makan.

"Sebaik saja wujud sebuah loji nadir bumi, syarikat-syarikat (lain) akan datang, seperti Siemens (yang) bercadang datang dan menggunakan nadir bumi. Mereka akan mewujudkan beribu-ribu lagi pekerjaan hasil kesan limpahan," katanya.

Dr Looi merayu kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pembangkang supaya "bangkit" dan sedar bahawa loji Lynas membawa manfaat besar kepada negara.
"Anda boleh pengaruhi pemikiran rakyat untuk beberapa ketika, tetapi bukan untuk selamanya," katanya
Continue Reading...

titah Raja Nazrin

No comments:


TITAH RAJA NAZRIN DI KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELURUH MALAYSIA


Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.[1] Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening – ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi – menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini. Dengan segala kerendahan sifat – kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.

2. Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala sehingga ke hari kebangkitan.

“ WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI

Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.”

3. Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah. Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut; ia itu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman.

4. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia yang berlangsung pada 26 dan 27 September ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang telah diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja. Menjunjung titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh Patik, menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku, untuk Patik menzahirkan Titah Diraja atas tema “MAJLIS AGAMA ISLAM PEMACU TRANSFORMASI UMMAH”.

5. Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam; betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu, sebagai pewaris kepada Tujuh Wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

7. Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka[3]. Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409[4], Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu[5], dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)[6] Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara[7].

8. Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi – begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu. Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala[8]. Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat[9]. Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru[10].

9. Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur[11]. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya[12]. Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan[13].

10. Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan Kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah ‘bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)”[14]. Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia[15]. Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala[16].
11. Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak[17]. Di negeri Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing[18].

12. Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu.

13. Di negeri Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan[19]. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi[20]. Di pertengahan abad kesembilan belas, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan[21]. Dalam abad kedua puluh, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak[22].

14. Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini[23]. Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman – lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah “lex loci of the land”[24]. Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

15. Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu. Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 buah negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

Petikan:

“ If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya. In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal”[25]

16. Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan- kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di Negeri-Negeri. Islam adalah ‘Magna Carta’, satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

17. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain[26], telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia. Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.[27]

18. Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

19. Dalam kes Dato’ Menteri Othman bin Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus[28], Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

Petikan:

“ In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way – with less rigidity and more generosity than other Acts”

(see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

Petikan:

“It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment.”

20. Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin. Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

21. Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan[29]. Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain – lawan – Fatimah Sihi dan yang lain,[30] telah memberikan tafsiran berikut:

Petikan:

“… Peruntukan ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai’ bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdidiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam….”

22. Setelah lima puluh empat tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah tiga belas Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah dua belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa. Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun.

23. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah. Abdul’llah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian Al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Rafles pada tahun 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran[31]. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah. Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi[32]. Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaan Common Law Inggeris.

24. Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah.

25. Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.[33]

26. Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Rafles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael. Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci ALLAH yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar. Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca dari satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut – yang semakin mereputkan ummah.

27. Umat Islam wajib menghayati semangat “BERSATU TEGUH-BERCERAI ROBOH”. Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka. Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan. Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademia dan pelbagai organisasi, bercantum tekad – bergabung usaha, bersatu suara – bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah. Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan.

28. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah. Hari ini nama suci ALLAH, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah. Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain. Kalimah suci ALLAH bukan sekadar “nama am” yang bermaksud “Tuhan” walau apa bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. ALLAH adalah nama khas, Tuhan Maha Suci – Tuhan Maha Agung. ALLAH adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

“Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH”;

29. Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian ILAHI terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja. Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, KEESAAN ILAHI, ALLAH yang “SATU” lagi berkuasa di atas segalanya, ALLAH yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam ALLAH mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

Petikan:

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinthan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu[34]”

30. BERPEGANGLAH kepada kebesaran ILAHI, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar. Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah ALLAH, datangnya dari ALLAH, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid. Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja “mengALLAHkan” apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan aqidah.

31. Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa. Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia. Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik – langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

32. Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik. Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan. Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi – pelbagai kebimbangan – pelbagai keresahan.

33. Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu. Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap peribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

34. Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang ‘sorak’ tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai. Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

35. Dalam suasana pimpinan poltik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh – platform penyatuan yang bebas dari politik berparti. MAJLIS di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat. Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara. Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

36. Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS AGAMA ISLAM (MAJLIS) adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri. MAJLIS AGAMA ISLAM diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

37. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini. Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, ‘MAJLIS’ wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan Kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, ‘MAJLIS’ wajib secara tegas – secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam – demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

38. Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya. MAJLIS AGAMA ISLAM wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, ‘MAJLIS’ perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

39. Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.[35] Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi. ‘MAJLIS’ wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

40. Justeru itu, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik. Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

41. MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam yang sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah.

42. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga yang dianjurkan dalam tahun 1992, dan Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang berlangsung dalam tahun 1999, begitu juga Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada tahun 2009, merumuskan resolusi khusus mengenai peranan masjid. Ditegaskan pentingnya masjid berperanan lebih aktif, sebagai pusat pembangunan ekonomi, perkembangan ilmu dan pembangunan sosiobudaya. Beta juga sering kali menzahirkan saranan supaya peranan masjid diperluaskan sebagai pusat pembangunan ilmu, pembangunan budaya dan pembangunan ekonomi. Banyak masa terlibat dalam urusan merancang pembinaan sesebuah masjid, banyak sumber digunakan untuk membina sesebuah masjid. Sebaik sampai ke Medinah, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam tidak sekadar membina masjid, tetapi membangunkan masjid. Baginda lebih mengutamakan komponen perisian untuk memakmurkan masjid. Falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami, supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, dikilau cahaya chandelier, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali di hari Jumaat, tiga puluh malam setahun di bulan Ramadhan, dua pagi setahun di pagi Aidilfitri dan Aidiladha. Selebihnya, ia tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi. Banyak masa, banyak usaha, banyak belanja, banyak sumber digunakan di bumi ini untuk membina masjid tetapi sedikit sekali usaha dilakukan untuk membangun dan memakmurkan masjid.

43. Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlangsung di Dewan Merdeka ini pada 12 hingga 15 Januari 2009. Ramai pemikir dalam bidang ekonomi Islam membentangkan pelbagai fakta, huraian, pandangan dan cadangan. Status pencapaian ekonomi umat Islam dibentangkan, ketidakcapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihuraikan, merangkumi tanggapan-tanggapan negatif terhadap DEB, terutama dari aspek penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh ummah yang mengutamakan kepentingan peribadi dan tergamak mengorbankan kepentingan ummah. Kongres menyedari pentingnya disedarkan ummah tentang cabaran sistem ekonomi persaingan yang dinamik lagi didorong oleh faktor pasaran.

44. Salah satu kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, melaporkan bahawa, dalam tahun 1999, jumlah dana masjid yang terkumpul dianggar berjumlah tiga ratus juta ringgit tetapi disimpan beku dalam akaun pelaburan [36], mencerminkan keterbatasan pemikiran, keterbatasan pengetahuan, keterbatasan pengalaman dan keterbatasan pendedahan di kalangan ummah untuk mengupayakan mereka melaburkan dana terkumpul tersebut secara lebih produktif yang dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi.

45. Turut dipaparkan perkembangan data kutipan zakat di Malaysia, meningkat dari 320.4 juta ringgit dalam tahun 2001 kepada 806.3 juta ringgit dalam tahun 2007[37]; peningkatan kutipan 150 peratus dalam tempoh enam tahun, meningkat pada kadar purata 25 peratus setahun. Kutipan yang bertambah hendaklah diperlengkap dengan program yang memberi impak untuk membangunkan status ekonomi Islam. Zakat hendaklah dilihat dari lensa ekonomi yang lebih luas, dilakukan transformasi imej dan transformasi peranan, diuruskan secara lebih produktif sebagai sumber kekuatan membangunkan ekonomi ummah yang lebih bermakna hingga berupaya menjadi institusi paling berjaya membanteras kemiskinan.

46. Data di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan pada tahun 2006, terdapat hampir lapan puluh sembilan ribu (89,000) ekar tanah wakaf di seluruh negara.[38] Sebahagian besar tanah tersebut tidak dapat dibangunkan secara produktif. Dilaporkan terlalu banyak halangan dari segi syarat dan hukum yang menyebabkan sumber ekonomi umat Islam ini terikat dan tidak dapat dimajukan. Senario ini tentulah menuntut kepada keperluan untuk para ulama dan umara di era ini melakukan ijtihad. Kertas-kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, di samping melaporkan status ekonomi ummah, mengandungi banyak saranan bernas; antaranya mengenai Yayasan Wakaf Tunai, Koperasi Islam yang sangat berpotensi untuk digerakkan, Potensi Membangunkan Tanah Wakaf, Pengukuhan Institusi Mal. Laporan lengkap Kongres setebal 875 halaman, membuktikan ummah sebenarnya tidak ketandusan idea. Kelompangan berlaku di peringkat melaksana, cabaran berlaku di peringkat membawa keluar pemikiran sebahagian ummah untuk bersedia dan berani melakukan tafsiran yang lebih relevan dengan suasana ekonomi, suasana politik dan suasana sosial di era globalisasi. Telah dua tahun sembilan bulan Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlalu, sejauh manakah tindakan yang telah disusul? Institusi manakah yang telah mengambil tanggung jawab susulan secara serius? Hari ini umat Islam sekali lagi berkongres di Dewan Merdeka ini.

47. Sistem ekonomi Islam diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala kepada umat manusia melalui wahyu[39] . Ia adalah sebahagian dari ajaran Islam kerana itu segala hukum dan peraturannya adalah berasaskan Al-Quran, Al-Sunah, Al-Ijmak dan Al-Qias[40]. Kerana itu tindakan umat Islam dalam usaha melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dikira ibadah dengan bermatlamatkan keikhlasan kerana ALLAH Subhanahu Wata’ala.

48. ‘MAJLIS’ sebenarnya menghadapi cabaran besar, cukup untuk mencetuskan perasaan keterujaan. Cabaran besar memerlukan institusi yang berwibawa untuk menghadapinya. Jika MAJLIS bersungguh mahu menghadapi cabaran besar ini, dan jika Negara ikhlas mahu melihat MAJLIS bertenaga dan berupaya melaksanakan tanggung jawab besar ini secara berkesan dengan memberi impak yang signifikan, maka MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI hendaklah dipertingkatkan keupayaan dan diperkasakan. Langkah-langkah awal berikut perlu dirintis:

Pertama: Mengemaskinikan Enakmen MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI untuk mempunyai bidang kuasa yang membolehkan MAJLIS berfungsi secara lebih berkesan, memiliki autonomi dan akauntabel kepada ALLAH dan Raja.

Kedua: Memastikan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI bebas dan bersih dari sebarang pengaruh, campur tangan dan penglibatan politik kepartian serta memastikan keanggotaan MAJLIS tidak disertai oleh individu yang aktif dalam parti politik melainkan yang diperkenankan oleh Raja Pemerintah dilantik atas jawatan bagi mewakili Pihak Berkuasa Negeri atau sesuatu institusi yang penting kepada MAJLIS.

Ketiga: Melantik keanggotaan yang lebih representatif dengan bilangan yang cukup dan dari kalangan yang memiliki pelbagai kepakaran untuk menjadi tenaga penggerak berupaya melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, perdagangan, pendidikan dalam hasrat membangunkan taraf sosioekonomi umat Islam di samping melindungi kesucian Islam

Keempat: Menerokai kaedah dan pendekatan yang dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan MAJLIS secara lestari.

Kelima: Menjadi pemegang amanah kepada institusi pendidikan, tabung kewangan, dan hartanah yang strategik untuk umat Islam.

Keenam: Memperkukuhkan sumber manusia pentadbiran Majlis secara kuantiti dan kualiti dengan imbuhan setimpal yang dapat menarik modal insan berkualiti tinggi.

49. MAJLIS hendaklah dirangka sebagai satu Dewan Pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan Raja, bertanggung jawab terhadap perkara berkaitan Islam. MAJLIS dapat berperanan sebagai jambatan penghubung di antara umat Islam dengan Raja, di antara umat Islam dengan Kerajaan pilihan rakyat dan di antara umat Islam dengan warga yang tidak beragama Islam. Negara wajib melihat MAJLIS sebagai rakan strategik yang boleh diberikan kepercayaan dan sokongan untuk kepentingan jangka panjang ummah. MAJLIS tidak harus dibiarkan hidup bagaikan musafir kelana bersendirian mengusahakan rezeki secara kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terus berada dalam parameter sempit yang telah digariskan oleh Inggeris pada satu masa dahulu. Pembiayaan atau ‘endowment’ secara khusus wajib disediakan untuk akhirnya membolehkan MAJLIS mencapai status yang tidak lagi perlu membebankan negara.

50. Jabatan Agama Islam hendaklah memahami secara jelas akan maksud dan keperluan penubuhannya. Ia ditubuhkan untuk berfungsi kepada MAJLIS dan akauntabiliti Jabatan Agama Islam adalah berbeza dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain. Bahawa dari segi rohnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, adalah untuk melaksanakan dasar-dasar dan perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis. Tanggung jawab Jabatan Agama Islam adalah kepada MAJLIS dan kepada Raja. Untuk itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu menghormati batas sempadan dan bidang kuasa yang terletak secara langsung di bawah budi bicara Raja, demi mengelak dari berlakunya keadaan satu kapal dua nakhoda. Apa jua hasrat Pihak Berkuasa Negeri menyentuh Islam dan Adat Melayu hendaklah disampaikan melalui saluran MAJLIS atau dipersembahkan untuk pertimbangan Raja Pemerintah.

51. Dalam urusan Agama Islam, Kuasa Raja Pemerintah berada di tahap paling tinggi dan wajib dipertahankan. Ummah hendaklah mempunyai fahaman dan melakukan tafsiran yang jelas bila merujuk kepada Raja Pemerintah; bahawa yang didaulatkan adalah Takhta Pemerintahan sebagai satu institusi negara dan hendaklah disisihkan dengan sebarang perasaan kurang selesa dengan mana-mana batang tubuh peribadi. Bahawa yang dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda: kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa[41] . Jika takhta pemerintahan ditiadakan, akan hilanglah payung negara – payung yang selama ini memberikan naungan kepada status Islam di negara ini. Tanpa institusi Raja berperanan sebagai Institusi Ketua Agama Islam, Islam akan berpecah kepada pelbagai puak – pelbagai kumpulan – pelbagai kabilah; masing-masing di bawah pimpinan yang berasingan; akibatnya kekuatan penyatuan usaha amar ma’ruf nahi mungkar akan beransur-ansur lemah. Islam akan menjadi agama yang diamalkan secara individu. Pada akhirnya Islam gugur dari tanggung jawab negara, tinggal sebagai amalan rakyat yang masih cintakan agamanya; sedangkan yang tipis fahaman agamanya, akan menjadi semakin liberal – semakin bebas, malah ada di antara mereka akan sampai ke peringkat melakukan perkara-perkara yang menodai kesucian Islam. Demikian nasib yang telah menimpa ummah di negara-negara tertentu di Asia Tengah; negara yang di suatu masa dahulu pernah menjadi pusat perkembangan tamadun Islam, melahirkan ramai ulama dan cerdik pandai Islam, kini segala-galanya hanya menjadi bahan kajian sejarah.

52. Agama Islam dan pegangan aqidah ummah wajib dipelihara dan dilindungi sepanjang masa oleh Ketua Negara. Islam InsyaAllah kekal menjadi identiti negara dan watan selagi kuasa dan tanggung jawab terhadap Islam kekal di bawah bidang kuasa Raja-Raja. Secara tersurat, sejarah mencatatkan bahawa dalam perjanjian dengan Inggeris, bermula dengan Perjanjian Pangkor, Raja-Raja menyerahkan kuasa mentadbir negeri kepada Inggeris dan Inggeris bersetuju mengekalkan Islam dan Adat Melayu di bawah kuasa Raja. Tafsiran yang tersurat harus juga menyelami kemungkinan-kemungkinan yang tersirat; bahawa dalam perkenan Raja menyerahkan kuasa-kuasa lain, mungkin Raja sendiri sebenarnya ada muslihat, berasaskan nasihat para ulama, berpandukan petunjuk dari ILAHI, telah tidak sama sekali memperkenankan urusan Islam dan Adat Melayu disentuh, satu pendirian berwawasan jauh Raja-Raja ketika itu, yang telah menyelamatkan agama dan ummah di bumi ini. Pernahkah digambarkan keadaan di negara ini dan nasib ummah di hari ini, jika Inggeris juga turut diberikan kuasa mentadbir urus agama dan adat. Tentunya hari ini, status Islam tidak akan termaktub di dalam Perlembagaan Negara; sementara umat Islam tidak memiliki kekebalan dari diayah fahaman lain; membolehkan murtad begitu mudah berlaku di kalangan ummah.

53. Betapa status Islam dan nasib malang yang bakal dihadapi oleh ummah jika institusi Raja ditiadakan, dan kerajaan pilihan rakyat yang berkuasa pada satu hari nanti, berpegang kepada doktrin pemerintahan, bahawa agama adalah urusan individu – agama adalah di luar bidang tanggung jawab negara. Akan berkelanalah ummah, Masjid Ubudiah, (begitu juga masjid-masjid lain), mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa di suatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya ini, adalah tempat ‘pengikut ajaran Muhammad’ menunaikan sembahyang. Barang dijauhkan ALLAH dari berlakunya senario menyayat hati itu. Untuk itu kuasa Raja Melayu dalam urusan Agama Islam dan Institusi Islam sangat perlu dipertahan dan diperkukuhkan, demi memastikan Islam terus kekal menjadi identiti Negara. Senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama rasmi Negara. Dalam hasrat membina kekuatan ummah dan jati diri bangsa dan dalam hasrat memastikan kelangsungan ummah, kuasa-kuasa prerogatif yang kekal diperuntukkan kepada Raja-Raja wajib dirujuk secara bijaksana.

Ya ALLAH, Ya AZIM, Ya AZIZ, Ya MALIK, YA WAHID, TUHAN yang MAHA BERKUASA lagi MAHA MENGETAHUI

54. Kepada Mu jua hamba-Mu memohon agar ISLAM kekal menjadi identiti negara – identiti watan; identiti ummah – identiti bangsa. Kepada Mu juga hamba-Mu ini memohon agar melimpahkan kekuatan dan kegagahan, keberanian dan ketegasan di kalangan mereka yang telah Engkau angkatkan darjat menjadi khalifah, di kalangan mereka yang telah Engkau amanahkan dengan tanggung jawab sebagai ulama dan umara di bumi ini. Hamba-Mu amat insaf akan Firman Mu yang terkandung dalam ayat 72 Surah Al-Ahzaab; bermaksud:

Petikan:

“ Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggung jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan[42]”

Kepada Mu jua YA ALLAH

55. Limpahkanlah segala nur dan petunjuk kepada Raja-Raja kami, demikian juga kepada para ulama dan umara kami, untuk bersatu niat – bersatu usaha; bersatu hati – bersatu jiwa, sama-sama berjaya membentuk sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Mu – ‘BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR’[43] seperti mana yang Engkau gambarkan dalam ayat 15 SURAH SABA. Limpahkanlah segala ihsan Mu kepada Raja-Raja kami yang mendukung tanggung jawab berat selaku Amirul Mukminin seperti yang terkandung dalam lafaz ikrar sumpah jawatan untuk memelihara Islam – untuk menyempurnakan pemerintahan secara adil dan aman. Hamba-Mu amat insaf betapa amanah dan tanggung jawab tersebut akan dinilai di hari kebangkitan seperti peringatan Mu yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya, Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji Nya[44]”

Mohon kami YA ALLAH mendapat rahmat bimbingan dan pengampunan dari Mu jua. Amin, Ya Rabul Alamin.

56. Adat Melayu menetapkan tugas Raja di junjung, kerja sendiri dikendong. Dalam semangat adat Melayu itu, sekadar ini yang dapat Patik menjunjung titah menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu untuk Patik menyampaikan amanat di Kongres ini. Dalam kapasiti patik selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, patik merafak sembah penuh taat – penuh setia kepada Duli-Duli Tuanku, dan dengan limpah rahmat dari ILAHI juga, serta daulat dan perkenan Duli-Duli Tuanku, Patik dan ahli-ahli MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK akan setiap masa, berazam mempertahankan kesinambungan tradisi negara beraja – rakyat bersultan, agar kekal subur sepanjang masa dan akan pada setiap waktu menjunjung titah hasrat Duli-Duli Tuanku selaku payung agama dan payung negara.

Semoga Duli-Duli Tuanku Selamat Bertakhta.

DAULAT TUANKU,

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Continue Reading...

Sunday, October 21, 2012

angka dan kuasa

No comments:

Amat menarik apa yang ditulis oleh Bloggers Lawyer Garang Ikuti apa yang dikupas oleh penulis tersebut

Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.



Politik adalah angka. Manusia bermain angka untuk mencari kuat dan mempertahankan apa yang mereka ada. Dalam hitungan angka, tak peduli apa terjadi yang penting mencapai kemenangan dan kekal berkuasa. Angka itu kuasa. Kuasa yang memberi keenakan yang sukar dicari selain dari kerusi politik. Tak ada tempat lain semewah dan seindah kerusi politik. Apa pun kata orang menjadi CEO bergaji besar, berjawatan JUSA bergaji besar semuanya tak semewah dan seindah kerusi politik. Di situ terhidang lauk kuasa nasi msrtabat dan kehebatan yang tak kunjung padam. Kalau benarlah kuasa ini tak bermakna mengapa sesudah merasai nikmat menduduki kerusi kedua negara, terlontar dan hilang kuasa, kini dia ingin kembali meraih apa saja untuk hanya satu kerusi. Apakah dia menjadi miskin sesudah terbuang dari politik? Apakah dia hidup merana kerana ketiadaan kuasa? Semuanya terjawab dalam tagihan dan raungan untuk kembali di kerusi kuasa. Bermakna tiada taranya kuasa tiada bandingannya hidup di sisi lain selain di sisi kerusi sang kuasa bernama Perdana Menteri.

Politik adalah percaturan untuk memancing angka yang mendaulatkan kuasa. Maka pelbagai kaedah digunakan. Dihamburkan kata-kata "Selamatkan Malaysia". Untuk apa? Apakah Malaysia menuju kehancuran dan kebobrokan yang total. Semua atas hitungan menambahkan angka. Peduli tentang kebenaran tetapi yang penting memberi tanda bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak boleh diharapkan. Untuk apa? Agar menambahkan angka dan menang pilihan raya. Sebenarnya selamatkan siapa? Selamatkan mereka dari kalah dan tewas agar masih terus menjadi Yang Berhormat.

Untuk apa semua ini dibicarakan? Agar kita dapat melihat pertalian antara dogeng dan metos atau tragedi. Supaya kita lebih merasa bertanggungjawab dan peduli tentang nasib manusia dan derita sebagaimana dikatakan oleh Lawyer Garang. Politik bukan lagi untuk membela dan menghindari segala musibah dan masalah tetapi politik adalah untuk memiliki dan meraih kuasa. Ia bukan lagi pendiding si miskin yang dapat bantuan segara tetapi ia menjadi pendakian kepada mereka yang merasa empuk dan enaknya kuasa. Sudah berapa tahun suara dan jerit rakyat tentang masalah air, pengambilan tanah dan sebagainya, namun kerajaan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran mengambil langkah tiada apa-apa. Semua beres dan selamat. Kerana mereka masih berpegang kepada formula untuk apa selamatkan minoriti yang menderita kalau dapat diyakinkan majoriti yang masih tegar dan utuh menyokong kita. Untuk apa menjenguk nasib miskin seorang dua yang tanpa rumah atau tanah kalau selagi masih mendengar suara yang ramai bergema menyokong. Tak akan tewas kerana tangis seorang miskin tanpa bantuan dan berharap. Tak akan kalah PAS di kelantan kerana isu air selagi rakyat Kelantan mengatakan kepimpinan Nik Aziz terbaik. Inilah premis politik yang mereka pegang. Memegang angka pada helai kertas di tabung buang undi lebih penting dari mengira nasib si miskin di kampung dan ceruk jauh.

Inilah politik yang ada sekarang. Pada pandangan lanskap biasa PAS akan tertiarap kerana banyak isu buruk yang ada. Tetapi PAS tak akan peduli segala isu yang tak akan menggugat angka mereka. Mereka telah berpegang kepada agama secara total. Pegangan mereka mudah membawa isu agama sebagai isu perjuangan PAS. Mainkan sentimen rakyat sebanyak mungkin betapa lemah dan hodohnya kerajaan BN berbanding kerajaan Islam zaman Rasulullah atau zaman khalifah. Mereka tak menceritakan zaman mereka kerana yang perlu diyakini adalah pemikiran rakyat perlu dibobrokkan dengan keburukan BN. Betapa BN terlalu jauh dengan Islam dan PAS begitu mahukan Islam sehingga mencanaikan hukum hudud sebagai gam yang menutup pintu fikir pengundi. Maka selagi ramai yang merasakan kebenaran ada pada PAS dan tidak pada BN selagi itu mereka merasa selamat di Kelantan. Formula ini telah mereka raih selama lebih 20 tahun dan mereka akan menggunakan resepi yang sama.

Sentimen rakyat mesti dibangkitkan agar kebencian berleluasa dan tak kunjung padam. Ketika kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat massa dihamburkan dengan pelbagai tomahan duit haram dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membuang kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Peduli apa mereka dengan keperluan rakyat massa yang miskin dan benar-benar mahukan pertolongan. Malah disihir pemikiran rakyat dengan candu politik bahawa wang itu hak rakyat dan kerajaan tak ada hak sebab itu diberi kepada rakyat. Tahu mereka bercakap tentang hak rakyat tetapi kenapa kemiskinan rakyat tak dibendung, tak diselesaikan masalah air, masalah tanah dan segala macam penyakit yang ada dalam kerajaan negeri kalau itu hak rakyat. Mereka mainkan sentimen lagi agar rakyat merasa yakin bahawa merekalah yang jujur dan kerajaanlah yang salah.

Diperkukuhkan lagi segala sentimen bahawa kerajaan BN zalim dengan isu royalti dan lebuh raya rakyat. Sebenarnya dari segi angka mereka bimbang akan melorot apabila semua rakyat menerima sumbangan kerajaan dengan hati terbuka. Api kebencian yang mereka hidupkan dibimbangi tak begitu kuat membakar kebencian rakyat kerana ada yang menangis menerima bantuan, ada yang kelu kerana terharu. Mereka sebenarnya takut dengan airmata rakyat. Seorang dua menangis mereka tak kisah tapi kalau menangis dan memuji kerajaan BN mereka nanar. Royalti adalah helah untuk memburukkan kerajaan BN manakala lebuh raya rakyat adalah muslihat untuk membenamkan nama baik kerajaan BN. Mereka sedar ke mana semua ini akan pergi. Mereka tahu ke mana penghujungnya tetapi politik mesti untuk menyelamatkan angka. Angka yang menjamin kemutlakan mereka di puncak kuasa. Kalau bukan kerana angka masakan sanggup berkawan dengan musuh yang lama bermain api. Hudud disebut secara perlahan untuk ambil hati pengundi dan yakini mereka bahawa Islam masih teraju perjuangan. Semua yang melihat melopong kagum. Do ngeng mereka mudah DAP bukan Islam dan bila mereka rapat dengan Islam mereka lebih baik dari UMNO yang langsung tak mahu Islam. UMNO musuh kerana agenda Islam mereka UMNO ganggu yakni hukum hudud. Tetapi apabila anak buah mereka sendiri bersuara buatlah hudud secepat mungkin, mereka diam tanpa apa-apa.

Meskipun diselar oleh DAP dengan ungkapan yang tak pernah dikeluarkan langsung oleh sesiapa pun pemimpin UMNO. Karpal Singh bermusuh dengan Datuk Nasharudin mereka tak apa kerana pada mata mereka Nasharudin bukan sahabat terbaik pun. Bergaduh Karpal dengan Nasharudin bukan Karpal dengan PAS. Begitu metos untuk pertahankan angka.
Jelas sepanjang tahun-tahun pentadbiran mereka di tampuk kuasa kepedulian tentang nasib rakyat tak seberapa. Melainkan ada pilihan raya kecil. Jelas di Manek Urai dan Galas mereka menjadi begitu budiman dan mendekati masalah rakyat banyak. Tak senang duduk mereka mencari sumber dan menabur wang untuk membela rakyat. Bagi BN ia sudah biasa begitu. Sentiasa membantu pada yang perlu. Cuma ketika di pentas politik mereka menyelar lagi bahawa BN zalim dan jahat. BN khianat kepada rakyat. Halang projek ke Kelantan kata mereka. Tetapi apabila dibuktikan dengan fakta mereka diam membisu bahawa iman di seluruh masjid di negeri Kelantan dibayar oleh kerajaan persekutuan. Selama memerintah PAS tak pernah membina sebuah masjid pun dan mereka hanya diam. Mereka tak risau sangat kerana paradigma rakyat sentiasa dilentur dengan ungkapan jangan dengar cakap UMNO, cakap BN mereka penipu. Jangan tengok TV dan baca akhbar UMNO semuanya tak betul. Mereka lenturkan nasib politik mereka pada paradigma rakyat yang masih mengakui semua PAS adalah benar belaka.

Mereka akan meneruskan tradisi ini kerana mereka mementingkan angka walau dengan apa cara sekalipun. Perjuangan UMNO dan BN begitu hebat menanti bukan sekadar menipiskan angka tetapi bagaimana mengikis dogma yang membelit pemikiran rakyat. Selain itu kita pula berdepan dengan mereka yang begitu mabuk kuasa. Bukan mudah meninggalkan keenakan dan keseronokan di puncak kuasa. Bukan senang membuang kerusi kuasa dan hanya menjadi penonton yang kaku dan dilupakan. Faktor usia bukan penghalang kerana ketuaan hanyalah hitung usia bukan hitung kuasa. Kuasa tak mengira usia. Selagi diperlukan selagi itu segala mimpi semuanya indah-indah.

Kita pun kalau kemabukan kuasa seperti itu, tak akan mencaopai tirai jaya. Kerana mereka sudah bersedia dengan racun untuk membunuh pengaruh dan jalur politik dengan bersendikan segala kelemahan dan kemudaratan kita. Mari kita kurangkan kelalaian dalam perjuangan dab ia bukan mudah.
Continue Reading...

Sunday, October 7, 2012

lebuh raya dan ilusi

No comments:

Inilah papan tanda yang dipasang di seluruh negeri Kelantan. Terpapar megah sebagai projek mega buat rakyat Kelantan. Menjelang aidilftri makin rancak papan tanda didirikan. Menandakan bermula sebuah projek mewah negeri tanpa mengharap belas dan bantuan kerajaan persekutuan. Mereka mampu melakukannya. Begitulah antara dehem dan angguk yang dibingitkan ke telinga rakyat.

Memetik tulisan teman bloggers Legasi Taming Sari kronologi perisitwa lebuh raya ini sebagaimana berikut.

Kontroversi Lebuh raya balak-satu lagi cubaan menarah balak balak Hutan Lipur Bukit Barau setelah kes Timbermine Sdn Bhd (Syarikat Singapura) berjaya menyaman Kerajaan Kelantan RM 800 juta.

Dalam artikel kronologi yang seringkas mungkin ini, penulis hanya ingin berkongsi latarbelakang serta hanya sedikit ulasan berkenaan projek lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) yang sekarang sedang hangat digebang merata alam oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Umum sedia maklum sejak seawal bulan Disember 2010, dunia politik tanahair telah dihangatkan dengan desas desus dan khabar angin yang bertiup kencang menjangkakan parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya umum ke 13 bakal dilangsungkan dalam bulan Mac 2011.

Ramalan tersebut kemudiannya tersasar lantaran itu ia dianjak pula dengan jangkaan ianya akan diadakan pada akhir tahun yakni bulan November 2011.

Tidak semena-mena pada tanggal 10 Ogos 2011 (Sinar Harian 11082011), Husam Musa mengumumkan kerajaan PAS Kelantan akan membina lebuhraya KB-KK yang panjangnya 63 km secara penswastaan dengan kos sekitar RM1.9 bilion dan apabila ‘siap’ kelak mungkin pengguna akan dikenakan tol.

pada 18 Mei 2011 iaitu kira-kira tiga bulan sebelum Husam dan kerajaan PAS Kelantan mengumumkan lebuhraya ‘syurga’, Kerajaan Pusat melalui agensinya JKR ada menjawab persoalan seorang pembaca Berita Harian berkaitan jalan baru Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang-Simpang Pelangai (Central Spin Road sebahagian dari Central Spin Expressway).

Pada 24 Ogos 2011 (Sinar Harian Online 24082011), Husam Musa mendakwa tiga (3) syarikat kelas A berminat telah menghantar tawaran masing-masing untuk membida projek lebuhraya sepanjang 63 kilometer itu.

Seterusnya pada 15 September 2011 (Haprakdaily 15092011 & Sinar Harian 16092011), sekali lagi beliau mengulangi pengumuman bahawa kerajaan PAS Kelantan telah tekad akan membina lebuhraya KB-KK itu secara penswastaan dan diikuti dengan pengesahan kadar tol yang akan dikenakan adalah pada tahap minima yang tidak membebankan pengguna.

Selanjutnya kata Husam lagi, kutipan tol akan dibatalkan sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan pusat dan royalti minyak dikembalikan. Dengan duit royalti itu, lebuhraya tersebut akan diambil alih oleh kerajaan negeri.

Respon terakhir bagi tahun 2011 berkaitan ura-ura lebuhraya tersebut datangnya dari Nik Aziz melalui kenyataannya pada 18 Oktober 2011 semasa sidang DUN Kelantan. Kata Nik Aziz, kerajaan Kelantan sedang meneliti cadangan tersebut yang akan dibangunkan dengan kerjasama swasta.

Kelihatan seakan bersungguh benar kerajaan PAS Kelantan tika itu mahu membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai sekalipun kantung kewangannya tipis dan belanjawan negeri acapkali mengalami defisit manakala di masa yang sama hutangnya dengan kerajaan pusat terus meningkat kepada RM 1.12 billion (sumber catatan kewangan Kelantan yg didedahkan Kickdefella).

Salah satu sumber kewangan negeri ialah konsesi kayu balak. kebetulan tahun 1978 PAS jatuh di Kelantan selain kes tikam belakang kawan, juga turut melibatkan skandal kawasan balak yg mana berjaya disaman RM 800 juta oleh Syarikat Singapura Timbermine. Konsesi balak itu sebeasar 1/3 negeri Kelantan. Kebetulan juga, ladang rakyat di Gua Musang turut dibangunkan di kawasan yang ada kayu balak.

Bagaimanapun barangkali disebabkan ramai pihak telah tampil secara lantang mempertikaikan kenapa perlunya diwujudkan kutipan tol sedangkan selama ini pakatan pembangkang khususnya PAS dan PKR sering mendakwa kutipan tol adalah bentuk penindasan kapitalis terhadap rakyat, maka untuk seketika isu lebuhraya tidak lagi kedengaran.

Dan tarikh 11.11.11 yang dikhabarkan parlimen akan bubar akhirnya berlalu begitu sahaja, turut berlalu dan senyap sepi ialah perkhabaran berkenaan lebuhraya ‘syurga’.

Tahun baru 2012 kemudiannya menjelang tiba, tika itu hangat isu Anwar Ibrahim dan pemecatan Hasan Ali dek angkara tangan ghaib dari PKR dan DAP. Saat ini tidak kedengaran walau sebutir kata perkhabaran terkini perihal lebuhraya yang gah diwar-warkan beberapa ketika sebelum ini.

Tika ini juga kembali hangat desas desus dan ura-ura pilihanraya umum ke 13 kemungkinan akan berlangsung sekitar Jun 2012 selepas beberapa ramalan sebelumnya tidak menepati sasaran.

Tiba-tiba pada 12 Februari 2012 (Haprakdaily 12022012), Husam Musa kembali membuka mulut katanya, kerajaan negeri telah menerima cadangan dari lima (5) buah syarikat yang berminat dengan projek lebuhraya KB-KK sepanjang 73 kilometer itu sejak tawaran dibuka dari 2 Januari 2012 hinggalah ditutup pada 9 Februari 2012.

Agak menghairankan kerana sebelum ini dalam kenyataannya pada 24 Ogos 2011, Husam mendakwa telah menerima cadangan dari tiga syarikat kelas A. Kenapa pula sekali lagi tawaran dibuka pada 2 Januari hinggalah tawaran ditutup pada 9 Februari 2012 yang menyaksikan lima syarikat dikatakan telah menghantar cadangan projek?

Pada 3 April 2012, semasa berucap di majlis Makan Malam Dana Piliharaya PAS Kawasan Kota Bharu, Husam mendakwa “tiga dari tujuh tender syarikat yang memohon tender untuk mengambil bahagian dalam pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, akan dibawa ke mesyuarat exco pertengahan April”.

Sekali lagi timbul persoalan dalam benak penulis, kenapa angka syarikat yang memohon boleh berubah-ubah. Dari tiga menjadi lima dan sekalipun tawaran telah lama ditutup, tiba-tiba sekarang menjadi tujuh pula? Ada sesiapa yang mahu memberi penjelasan?

Kemudian pada 10 Mei 2012 (Haprakdaily 10052012), Husam mengumumkan pembinaan lebuhraya akan dimulakan pada akhir bulan ini disamping itu katanya lagi konsep lebuhraya tersebut adalah bebas tol kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 16 Mei 2012, konsep bebas tol dengan tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan negeri telah ditukar menjadi konsep gotong royong dengan mengharapkan derma dari rakyat serta pihak lain bagi menjayakan projek berkenaan.

Menurut Husam, konsep tersebut diperkenalkan bukan kerana ketidakmampuan kerajaan negeri sebaliknya untuk menanam semangat kerjasama dikalangan rakyat yang sebelum ini hanya pernah terdedah terlibat langsung menderma dalam pembinaan masjid dan surau sahaja.

Jelasnya lagi, jajaran pertama lebuhraya tersebut akan melalui kawasan Hutan Lipur Bukit Bakau. Untuk makluman, Hutan Lipur Bukit Bakau juga adalah antara hutan simpan yang digazetkan oleh Jabatan Perhutanan. Boleh tahan banyaknya kayu balak di sana.

Akhirnya pada 28 Mei 2012, Nik Aziz menyempurnakan majlis pecah tanah untuk permulaan projek tersebut di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan.

Sesudah pecah tanah dan segala gembar-gembur diperbesar tiba-tiba semua diam. Bisu sebisu bisunya. Jalan raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu makin sesak dan dipenuhi kenderaan setiap masa. Secara halus PAS menafikan hak rakyat Kelantan dengan blackmail yang cukup halus.

Menyedari janji lebuh raya baru atau Lebuh Raya Pantai Timur sebagai manifesto pilihn raya Barisan Nasional akan menjadi senjata ampuh BN, PAS awal-awal cuba bermain sentimen rakyat Kelantan dengan menobarkan Lebuh Raya Rakyat. Apa pun yang akan dijadikan BN selepas ini sebagai pilihan kedua dan rakyat akan lebih meminati janji PAS kerana ia dari rakyat dan kepada rakyat. Sentimen kedua yang dimainkan melalui papan tanda dan janji ini adalah bagaimana BN tidak pedulikan Kelantan. Jerih payah Datuk Pa cuba dilenyapkan dengan mengapi-apikan rakyat Kelantan bahawa BN menganaktirikan Kelantan. Datuk Pa tak bawa apa-apa buat Kelantan. Semuanya semata-mata untuk menjadikan Datuk Pa tidak popular di Kelantan dan PAS mahu dilihat sebagai jagoan berani mencabar kerajaan BN.

PAS tak gentar kepada BN dalam hal pembangunan termasuk lebuh raya ini. Tapi bukankah semua ini dilaksanakan dengan cuba menafikan hak rakyat Kelantan. Kalau Bn berjanji lebuh raya empat lorong maka kata mereka BN terdesak, BN putar cerita, BN ambil isu basi dan BN takut suara PAS. Mereka mahu menang lagi dalam hal sentimen begini.

Sebagai pengukuh tindakan BN menafikan hak rakyat (bukan PAS) bagi pandangan mereka adalah dengan isu Royalti Petrolium. Semua dibuat atas hasrat untuk menjadikan rakyat merasa tak yakin, marah dan sangsi dengan BN. Langsung mereka tak berfikir biarlah untuk rakyat biar BN buat dan sempurnakan hasrat rakyat. Inilah perang psikologi PAS untuk menakluk hati rakyat Kelantan.

Apakah akan terbina lebuh raya rakyat ini di Kelantan? Masalah jalan raya akan berakhir dengan lebuh raya ini. Persoalannya bila lagi? Apa yang ditunggu PAS untuk melasanakan projek ini atau semua dibuat semata-mata untuk mengajak rakyat bersama PAS sepanjang masa.

Bukankah rakyat mula dijanjikan dengan ilusi. Ilusi yang nampak manis dan hebat tapi kosong dalam realitinya. Ilusi sebagaimana David Copperfield bermain silap mata. Silap mata politik ini digembarkan akan mengisi masa depan rakyat dengan kebaikan. Tapi jalan penuh sesak dan lebuh raya tak terbina apa-apa hingga hari ini. Papan tanda akan semakin kusam harapan rakyat makin dingin barangkali di situ segenap janji manis dilupakan. Ilusi tinggal ilusi. Dan kalaulah nantinya BN akan laksanakan projek besar lebuh raya mereka akan berdikir barat lagi sana sini kononnya BN takut dan BN gomol idea mereka.

Tak bolehkah berbuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Bantulah rakyat dengan menerima apa saja projek BN dengan hati terbuka. Kemudian masuklah pilihan raya berpandu bukti dan jasa. Kenapa takut dengan jasa BN kalau BN benar-benar jahat dan korup sebagaimana tuduhan mereka? Biar rakyat membuat pengadilan dengan jujur.

Janji manis mudah dibuat dan begitu cepat dilaksana kalau hanya dengan mulut dan kata-kata tetapi mengambil masa kalau melibatkan wang, tenaga kerja dan kepakaran. Ke mana saudagar mimpi akan pergi hari ini ????
Entah mimpi apa pula yang dijanjikan.




Continue Reading...

Sunday, September 23, 2012

suara hati seorang negarawan

No comments:

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan.

Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Continue Reading...

Saturday, August 25, 2012

membina kebencian

No comments:

Terlalu kesat rasanya tajuk posting kali ini, tapi inilah realiti yang sedang bergerak dan menjadi senjata dalam pertarungan politik negara ini. Ada pihak menggunakan kebencian untuk menearik sokongan, kepercayaan malah keyakinan kepada perjuangan mereka. Pihak yang dibenci tak lain tak bukan adalah kerajaan. Kerana itulah pelbagai perkara digunakan untuk membesarkan rasa benci dan menghilangkan rasa sanjung terhadap kerajaan. Bermula dengan liberalisasi politik yang kononnya tidak lagi harus berakar pada bangsa dan agama tetapi sebuah pasaran politik yang bebas serangan dan kebencian mula disalurkan terhadap kerajaan khususnya UMNO. Lahirlah ungkapan Umnoputra mengambilalih istilah bumiputera. Semuanya berpengkalan pada tapak kronisme, dan rasisme yang kuat.

Maka kumpulan politik ini mula untuk memperlihatkan persamaan, toleransi dan kesepakatan yang ada dalam pakatan mereka. Parti yang dulunya tajam memperjuangankan Islam mula mengendurkan tali perjuangan mereka. Parti yang dikenali sebagai begitu memperjuangkan kaum bukan Melayu pula mengatur serangan terhadap rasisme dalam UMNO dan Barisan Nasional. Namun apa yang terkesan adalah serangan dan muafakat ini masih tidak mempunyai kejituannya. Mereka masih bertelagah perkasa asas dan pokok dalam perjuangan. PAS masih mahu dengan Islamnya dan DAP menolak dengan sekeras-kerasnya. Jongkang jongkit ini segera dilenyapkan dengan menghumbankan serangan ke atas UMNO serta cuba untuk memperlihat sebanyak-banyaknya bahawa UMNO terlalu Melayu dan terlalu kronisme. Maka kebencian menjadi latah mereka hari demi hari. Ada parti dengan beberapa cara berusaha mencantas UMNO dengan mempersoalkan Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181, dan Perkara 3 atas nama liberalisme politik. Apabila UMNO dan kepimpinan UMNO cuba memperbetulkan mereka menganggap rasisme UMNO menebal.

Serangan ini terus digempurkan untuk membangkitkan kebencian dengan tuduhan dan tomahan yang bertalu-talu terhadap kerajaan. Segala apa yang dibuat kerajaan diperkecilkan dan diperhodohkan agar rakyat tidak nampak segala kebaikannya. Mereka sedaya upaya membina kerapuhan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. MUncullah pelbagai gerakan seperti Bersih semata-mata untuk membuktikan kerajaan cemar dan busuk. Mereka sengaja menunding jari terhadap kerajaan agar mereka tidak terlihat kacau, nanar dan bercelaru. Sedangkan mereka masih begitu. Kecelaruan semakin menjadi-jadi apabila rakyat atau penyokong tak mahu identiti parti masing-masing punah. PAS mula beralih kepada berkebajikan pada satu ketika untuk mendampingi DAP. Akhirnya membuat putaran 360 darjah kepada Hudud untuk mencari keyakinan penyokong. DAP menyelar perbuatan PAS dan tidak mahu hudud dilaksanakan. Begitulah jongkang jongkit politik tetapi atas nama membina kebencian terhadap UMNO dan kerajaan mereka akan mengenepikan sementara segala hinggar binggar itu.

Tun Mahathir memberi pandangan yang cukup bernas tentang sentimen politik negara ini. Ia bukan lagi untuk mencari bagaimana membina pilihan baru bagi rakyat dalam menuju masa depan tetapi bagaimana meludahi kerajaan di depan rakyat agar nampak kerajaan begitu tak sempurna.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin kuat di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, jika Perdana Menteri memberi sedikit masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, sokongan ke atas BN akan berjaya dipulihkan.

"Mereka (pembangkang) kata selepas 55 tahun BN memerintah, sudah sampai masa untuk berubah. Kamu perlu berubah untuk menjadi lebih baik tapi kalau berubah jadi buruk?," katanya kepada pemberita semasa jamuan rumah terbuka beliau di The Mines yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Perdana Menteri sendiri.

Pada masa sekarang, pembangkang sedang menyemai perasaan benci di kalangan orang ramai terhadap kerajaan sebagai salah satu taktik mereka, katanya.

Katanya keutamaan mereka sekarang ini adalah untuk mewujudkan kebencian ke atas kerajaan dan termasuklah serangan-serangan yang dibuat ke atas dirinya sendiri walaupun tidak lagi memegang kuasa.

"Mengapa nak serang saya kerana saya tidak ada kuasa, macam ada kebencian terhadap saya, mereka hidup atas kebencian ini," katanya.

Katanya bagaimana boleh dikatakan kerajaan hari ini gagal kerana BN berjaya mengekalkan prestasi kewangan semasa dunia dilanda kemelut ekonomi dan ketika dunia hari ini dilanda masalah etnik dan perkauman, kerajaan BN masih mampu mengekalkan keharmonian kaum.

"Mengapa mereka (pembangkang) tidak sebutkan hal ini, sudah tentu jika disebut, rakyat tidak akan benci kerajaan," katanya. - Bernama


Begitulah caranya membina kebencian untuk mencari sokongan.
Apakah yang begini perlu berterusan dan menjadi pilihan
Rakyat Malaysia terlalu bijak membuat pilihan

Salam kemerdekaan ke 55 untuk semua


Continue Reading...