selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Wednesday, August 12, 2020

pejuang

No comments:
PARTI BAHARU – PEJUANG
12 Aug 2020
Che Det



Kita tubuh parti untuk selamatkan kita.
Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita.
Demikian Bersatu.
Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.
Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.
Kerana apa?
Kerana jawatan dan wang.
Perjuangan asal dibelakangkan.
Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.
Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar.
Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.
Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu.
Kenapa?
Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu.
Lihat peristiwa jual tanah.
Ya. Jual tanah dapat duit.
Duit habis, tanah sudah tergadai.
Apa yang tinggal pada penjual. Nothing.
Lihat Melayu negara jiran.
Melayu lagikah negara mereka?
Jual tanah sama dengan jual hak.
Lama-kelamaan jual negara.
Tidak ada hak lagi.
Maka hancurlah Melayu.
Siapa yang salah?
Orang lainkah?
Pilihlah.
Parti kami ditubuh kerana kesedaran.
Rasuah menghancur bangsa.
Rasuah yang hancur orang Melayu.
Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain.
Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.
Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG.

chedet
Continue Reading...

Saturday, August 8, 2020

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI PERTEMPURAN TERAKHIR

No comments:


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI.
PERTEMPURAN TERAKHIR

Saya Tahu Mengapa Engkau Telah MEMANJANGKAN Umurku Dengan Rahmat Dan Belas Kasihan Engkau Sehingga Usia 93 Tahun Ini.

Saya Telah Mencapai Hujung Hidup Saya.Saya Hanya Mahu Mengakhiri Sebahagian Dari Usia Saya Dengan Mematuhi Dan Menunduk Kepada Allah.

Walau Bagaimanapun,Saya Masih Dapat Menumpukan Dalam Kesunyian Saya Apabila Saya Menutup Mata,Saya Melihat Rakyat Saya Dianiaya.

Saya Melihat Hak-Hak Generasi Muda Yang Dirompak Oleh Tangan Yang Tamak Yang Diarahkan Oleh Syaitan. Saya Tahu Saya Perlu Melakukan Sesuatu.Saya Bukan Orang Yang Akan Berdiam Diri,Melipat Tangan Saya Sambil Menonton Semua Kejadian Ini Oleh Mereka Yang Tidak Merasa Bersalah.

Ya Allah,Saya Tahu Kenapa Engkau Telah Memanjangkan Umurku Dengan Belas Kasihan Mu Sehingga Umurku Ini 93 Tahun Dengan Masih Berdiri Tetap Teguh,Sihat Dan Mampu Berfikir Tajam Dan Bersemangat Dalam Menghadapi Pertempuran Terakhir Saya.

Terima Kasih Allah Dengan Izin-Mu, Saya Telah Dapat Melindungi Hak-Hak Rakyat Dan Menjatuhkan Penyebabnya.Berdoalah Selepas Ini Saya Akan Dapat Menutup Mata Saya Dengan Ketenangan Fikiran Bahawa Jiwa Saya Akan Bertemu Dengan Pencipta Saya Dengan Selamat.

Keinginan Saya Bukanlah Untuk Nama Saya Dipuji Atau Diri Saya Dipuji Selepas Ketiadaan Saya.Tidak Perlu Menyebut Tentang Saya Selepas Ketiadaan Saya.Saya Menganggap Apa Yang Telah Saya Lakukan Sebagai Bekalan Bagi Perjalanan Saya Untuk Bertemu Denganmu Dalam Kehidupan Selepas itu.

Jika Sesiapa Yang Ingin Mengatakan Sesuatu Tentang Saya,Hanya Hantarlah Doa Kepada Saya Untuk Permudahkan Perjalanan Saya Bertemu Dengan Pencipta Saya.

-Tun Dr Mahathir Mohamad.

Continue Reading...

parti baru

No comments:



APA KATA TUN M TENTANG TUBUH PARTI BARU.

Kesetiaan dan perjuangan WAJIB berlandaskan dasar dan nawaitu yang benar!

Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan satu lagi parti yang "akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi" sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.

"Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.

"Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yan wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Bagaimanapun, jelas beliau parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran "iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional."

"Apabila kami bertanding (pada pilihan raya akan datang) kami mungkin akan adakan perjanjian dengan parti-parti, mungkin juga tidak. Tetapi selepas pilihan raya, kami boleh menyertai sesuatu gabungan atau lainnya.

"Kami bebas, kami boleh buat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti yang kami fikir akan membawa matlamat penubuhan (parti) kami," katanya.

Beliau memberikan jawapan serupa ketika ditanya jika beliau akan membentuk blok ketiga bersama dengan Warisan.

Ditanya mengapa beliau tidak menyesuaikan kekuatan barunya bersama bekas rakan-rakan dalam PH, Mahathir menyebut terdapat "masalah" dengan PKR.

"Kami ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan, tetapi kami ada beberapa masalah dengan parti terbesar PH. Saya tidak mahu menyebutkannya, tetapi saya rasa anda semua tahu, ”katanya.

"Kami tidak berpecah daripada siapa pun, kami bebas daripada semua orang," tambah Mahathir ketika ditanya sekiranya beliau berpecah dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menjelaskan lanjut mengenai asas perjuangan parti baru itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan "menghapus rasuah dan kleptokrasi" dan menegaskan perjuangan wadah politik baru itu "berasas semangat, bukan duit."

"Ahli hendaklah pegang kepada perjuangan ini.

"Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan," katanya.

'Jadi berani, daftarkan kami'

Ahli parlimen Langkawi juga meramalkan parti barunya akan menghadapi "masalah" dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang pernah dialami Bersatu dan Pakatan Harapan sebelum PRU14.

Dr Mahathir mencabar Perikatan Nasional untuk membuktikan sebaliknya bahawa gabungan itu tidak takut kepada parti baru itu.

"Kami jangka akan ada masalah dengan pendaftaran, (tapi) kami berharap kerajaan cukup berani mendaftarkan kami," katanya.

Parti baru itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusinya dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai presiden.

Turut kelihatan pada sidang media hari ini ialah bekas pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak hadir dan dikatakan sedang berada di Johor untuk meraikan majlis persaraan ibunya.

Walaupun keahlian untuk bukan Melayu masih belum diputuskan lagi, Dr Mahathir menjelaskan parti itu akan menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.

"Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.

"Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain," katanya.
Continue Reading...

Friday, August 7, 2020

berdua denganmu

No comments:





waktu selalu ada
untuk aku didekatmu
mendengar katamu
memahamai bahasamu
menilai maksudmu
kita masih bedua
mendengar dan bertanya
cerita cinta



Continue Reading...

terus melangkah

No comments:

Continue Reading...

Sunday, August 2, 2020

nilai mulia

No comments:



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan sekali lagi mengenai keperluan rakyat Malaysia memiliki nilai-nilai yang mulia jika mahukan negara berjaya.

"Kita amanah, tidak mungkir janji, bekerja keras. Kalau ada nilai hidup ini, percayalah kita akan dapat kejayaan," katanya.

Beliau berkata kegagalan berbuat demikian, misalnya dengan terlibat dalam amalan rasuah mungkin memberikan keuntungan jangka pendek tetapi tindakan sebegitu akan mengorbankan generasi masa depan.

"Saya berkali-kali ulang perkara ini tapi masing-masing tak nampak kesan masa depan. Kesan hari ini mungkin tak sama.

"Umpamanya kita dihulurkan sogokan rasuah, waktu ini kita dapat dan kita mungkin rasa kita untung.

"Tapi bangsa kita mudah disogok rasuah. Percayalah negara kita akan hancur dan kita akan jadi mangsa. Anak cucu kita akan jadi mangsa," tegas beliau pada rancangan bual bicara dalam talian, "Mengopi Malam Minggu."

Menjelaskan lanjut, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak akan berjaya tanpa mengamalkan nilai-nilai mulia yang disebutkannya tadi.

"Nilai hidup mulia bermakna kita rajin bekerja, kita beramanah, kita tidak rasuah, kita tolak benda tidak baik, kita tak mencuri.

"Kalau kita tolak benda yang tak baik, (ambil) hanya yang baik, Malaysia akan jadi negara maju dalam jangka masa yang pendek," katanya lagi.

Mahathir juga ditanya mengenai perkembangan politik baru-baru ini, terutama percubaan rampasan kuasa di Sabah tetapi memberikan jawapan yang bersifat umum.

Katanya, walaupun wakil rakyat boleh menukar sokongan jika parti mereka tersasar, mereka tidak seharusnya melakukannya atas dorongan peribadi.

"Kita boleh keluar parti kerana parti menyeleweng. Tapi apa berlaku bukan parti menyeleweng, wakil rakyat menyeleweng kerana ada upah, janji-janji manis dari pihak lain.

"Kita lupa janji kita kepada rakyat dan kita tinggal parti kita dan kerajaan kita.

"Ini tidak baik bagi negara demokratik kerana kita abaikan janji kita kepada rakyat," katanya lagi.
Continue Reading...

Saturday, August 1, 2020

cerita

No comments:
MY TRUE STORY...

Sedikit perkongsian dengan rakan-rakan FB tentang sumbangan idea dan cadangan-cadangan saya untuk mencantikkan bandaraya KL...

Pada tahun 1990, PM4 Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) telah memutuskan untuk membina LRT dan MRT. Dua syarikat gergasi, iaitu Gamuda dan Renong diberi tanggungjawab dalam kerja2 pembinaan stesyen dan landasan dari Sri Petaling ke Sentul dan dari Kelana Jaya ke Ampang. Bagaimanapun selepas itu, ianya diambil alih oleh syarikat Prasarana milik kerajaan sepenuhnya...

Datuk Bandar KL waktu itu, dipegang oleh Tan Sri Elyas Omar, yg juga sahabat baik saya. Beliau memberi peluang kepada saya untuk melawat projek LRT bawah tanah, dengan terowong sedalam bangunan 6 tingkat, dari Masjid Jamek ke KLCC. Sungai Kelang dan perkuburan Islam Jalan Ampang, terletak di atas laluan terowong ini.
Selepas lawatan itu, saya telah berjumpa dengan TS Elyas untuk mengemukakan sedikit pendapat. Saya mencadangkan agar laluan dari Jalan Dang Wangi ditukar ke Jalan Mountbatten (sekarang Jalan Tun Perak), kerana keadaan Jalan Dang Wangi yg terlalu sempit, akan membuat lalu lintas bertambah sukar...

Oleh itu, stesen yang sepatutnya berada di tapak bangunan SOGO, perlu dialih ke tepi Sungai Gombak (seperti sekarang). Kedua cadangan saya telah diterima baik oleh Tun M, TS Elyas dan juga Perancang Bandar KL. Kata putus diambil serta-merta dalam satu mesyuarat penting, dan pelan pembinaan telah ditukar mengikut cadangan yg saya berikan. Oleh itu, 5 tiang konkrit yg sudah dinaikkan di Jalan Dang Wangi sebelum ini telah dirobohkan...

Terdahulu, rumah flat "Sulaiman Court" dan bangunan pejabat EAC, telah dirobohkan untuk tujuan pembinaan stesyen LRT. Namun, disebabkan lokasi pembinaannya telah ditukar ke Sungai Gombak, tapak yang diroboh itu telah diambil alih oleh Pernas.

Mengambil ilham dari kepesatan pembangunan negara-negara luar, saya begitu teruja untuk melihat sebuah kompleks membeli belah yg berprestij dan bertaraf antarabangsa seperti SOGO, diwujudkan di KL. Kompleks ini terdapat di bandaraya terkenal dunia seperti Tokyo, London, Bangkok dan lain2 bandaraya besar...

Oleh yg demikian, saya berjumpa dengan pengerusi Pernas ketika itu, dan mencadangkan kepada beliau, agar membina kompleks SOGO, di tapak kosong tersebut. Cadangan saya disambut baik oleh beliau, Pernas kemudiannya telah Joint Venture dengan Sogo (milik Jepun) dan membina "Kompleks Pernas Sogo". Namun tidak lama selepas itu Pernas telah menjual sahamnya kepada Sogo dan kekal sebagai "Kompleks Sogo" sehingga kini...

PM4 juga telah merobohkan restoran lama yg terletak di Jalan Parlimen, iaitu di tengah2 bandaraya KL, kerana ianya mencacatkan pemandangan dan sisa2 makanan yg dibuang ke dalam sungai, mengotorkan sungai.
Saya mencadangkan agar lokasi yg terletak di Jalan Raja, hadapan bangunan DBKL yang lama itu dibina taman bunga dan air terjun mini. Cadangan itu turut dipersetujui oleh PM4 dan TS Elyas, kerja2 pengubahsuaian kemudiannya dijalankan...

Sebagai menghargai beberapa cadangan dan jasa2 saya dalam menyumbang pelbagai idea untuk mencantikkan bandaraya KL, PM4 telah membina satu tugu bunga periuk kera (Periuk Kera Fountain) di Dataran Merdeka, khas untuk saya, kerana Tun tahu saya adalah peminat bunga.. Malangnya tugu itu telah dirobohkan oleh Najib, atas arahan Rosmah Mansur, semasa Adnan Mansur (kerabat diraja palsu) menjadi Menteri Wilayah...

Untuk info, tugu bunga itu diroboh, selepas berlaku selisih faham antara saya dan Rosmah, mengenai sebuah tender bernilai RM280 juta. Setelah projek itu diluluskan oleh kerajaan, Rosmah tanpa segan silu telah mengarahkan saya supaya membayar komisen sebanyak 5% kepadanya, sebelum projek bermula. Saya seorang yg berprinsip dan tidak sukakan "hanky panky", tak dapat tender pun tak apa!!!

Saya campakkan tender tu ke atas meja, depan muka Rosmah dan terus keluar dari pejabatnya. Sejak hari itu Rosmah menyimpan dendam terhadap saya. Itulah perangai sebenar Rosmah, tiada siapa boleh berkata "tidak" kepadanya. Dia memang sedia maklum, tugu periuk kera itu telah dibina oleh Tun M, sebagai menghargai saya. Sayang sekali, tugu tu amat cantik dan keunikannya menjadi tarikan pengunjung ke Dataran Merdeka...

Atas dasar patriotik, semasa Tun M menjadi PM4, beliau telah menukar semua jalan2 atas nama penjajah, kepada nama-nama pemimpin tempatan. Sebagai contoh: Foch Avenue Tun Tan Cheng Lock, Jalan Treacher kepada Jalan Sultan Ismail, Jalan Weld kepada Jalan  Raja Chulan, Jalan Parry kepada Jalan P. Ramlee, Jalan ShawHang Tuah, jalan Brickfields kepada Jalan Tun Sambanthan, Jalan Circular kepada Jalan Tun Razak, Bukit Kenny kepada Bukit Tunku, Jalan Davidson kepada Jalan Hang Jebat dan banyak lagi...
Tapi malangnya semua jasa2 seorang tua berusia 95 tahun ini kian dilupakan. orang Melayu sememangnya mudah lupa....

Dewan Bandaraya di bawah seliaan TS Elyas pula, telah memanjangkan jalan-jalan  di sekitar bandaraya seperti, Jalan Sultan Ismail sehingga ke Jalan Kucing, sebelumnya hingga ke Jalan Ampang sahaja. Begitu juga dengan Jalan Raja Laut, asalnya dari Jalan Ipoh ke Sime Darby sahaja, dipanjangkan sehingga ke Jalan Parlimen, sekaligus menjadi jalan yg cukup ekslusif, dengan terbinanya bangunan2 raksasa seperti KWSP, OUB, DBKL, DBKL-2, Stesyen LRT dan CIMB...

Saya merasa amat bertuah kerana dapat menyumbang beberapa pandangan dan cadangan2 yg bernas dalam usaha memaju dan mencantikkan bandaraya kebanggaan rakyat Malaysia, iaitu bandaraya Kuala Lumpur...


SAYANGI MALAYSIAKU







Continue Reading...