Sedikit perkongsian dengan rakan-rakan FB tentang sumbangan idea dan cadangan-cadangan saya untuk mencantikkan bandaraya KL...
Pada tahun 1990, PM4 Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) telah memutuskan untuk membina LRT dan MRT. Dua syarikat gergasi, iaitu Gamuda dan Renong diberi tanggungjawab dalam kerja2 pembinaan stesyen dan landasan dari Sri Petaling ke Sentul dan dari Kelana Jaya ke Ampang. Bagaimanapun selepas itu, ianya diambil alih oleh syarikat Prasarana milik kerajaan sepenuhnya...
Datuk Bandar KL waktu itu, dipegang oleh Tan Sri Elyas Omar, yg juga sahabat baik saya. Beliau memberi peluang kepada saya untuk melawat projek LRT bawah tanah, dengan terowong sedalam bangunan 6 tingkat, dari Masjid Jamek ke KLCC. Sungai Kelang dan perkuburan Islam Jalan Ampang, terletak di atas laluan terowong ini.
Selepas lawatan itu, saya telah berjumpa dengan TS Elyas untuk mengemukakan sedikit pendapat. Saya mencadangkan agar laluan dari Jalan Dang Wangi ditukar ke Jalan Mountbatten (sekarang Jalan Tun Perak), kerana keadaan Jalan Dang Wangi yg terlalu sempit, akan membuat lalu lintas bertambah sukar...
Oleh itu, stesen yang sepatutnya berada di tapak bangunan SOGO, perlu dialih ke tepi Sungai Gombak (seperti sekarang). Kedua cadangan saya telah diterima baik oleh Tun M, TS Elyas dan juga Perancang Bandar KL. Kata putus diambil serta-merta dalam satu mesyuarat penting, dan pelan pembinaan telah ditukar mengikut cadangan yg saya berikan. Oleh itu, 5 tiang konkrit yg sudah dinaikkan di Jalan Dang Wangi sebelum ini telah dirobohkan...
Terdahulu, rumah flat "Sulaiman Court" dan bangunan pejabat EAC, telah dirobohkan untuk tujuan pembinaan stesyen LRT. Namun, disebabkan lokasi pembinaannya telah ditukar ke Sungai Gombak, tapak yang diroboh itu telah diambil alih oleh Pernas.
Mengambil ilham dari kepesatan pembangunan negara-negara luar, saya begitu teruja untuk melihat sebuah kompleks membeli belah yg berprestij dan bertaraf antarabangsa seperti SOGO, diwujudkan di KL. Kompleks ini terdapat di bandaraya terkenal dunia seperti Tokyo, London, Bangkok dan lain2 bandaraya besar...
Oleh yg demikian, saya berjumpa dengan pengerusi Pernas ketika itu, dan mencadangkan kepada beliau, agar membina kompleks SOGO, di tapak kosong tersebut. Cadangan saya disambut baik oleh beliau, Pernas kemudiannya telah Joint Venture dengan Sogo (milik Jepun) dan membina "Kompleks Pernas Sogo". Namun tidak lama selepas itu Pernas telah menjual sahamnya kepada Sogo dan kekal sebagai "Kompleks Sogo" sehingga kini...
PM4 juga telah merobohkan restoran lama yg terletak di Jalan Parlimen, iaitu di tengah2 bandaraya KL, kerana ianya mencacatkan pemandangan dan sisa2 makanan yg dibuang ke dalam sungai, mengotorkan sungai.
Saya mencadangkan agar lokasi yg terletak di Jalan Raja, hadapan bangunan DBKL yang lama itu dibina taman bunga dan air terjun mini. Cadangan itu turut dipersetujui oleh PM4 dan TS Elyas, kerja2 pengubahsuaian kemudiannya dijalankan...
Sebagai menghargai beberapa cadangan dan jasa2 saya dalam menyumbang pelbagai idea untuk mencantikkan bandaraya KL, PM4 telah membina satu tugu bunga periuk kera (Periuk Kera Fountain) di Dataran Merdeka, khas untuk saya, kerana Tun tahu saya adalah peminat bunga.. Malangnya tugu itu telah dirobohkan oleh Najib, atas arahan Rosmah Mansur, semasa Adnan Mansur (kerabat diraja palsu) menjadi Menteri Wilayah...
Untuk info, tugu bunga itu diroboh, selepas berlaku selisih faham antara saya dan Rosmah, mengenai sebuah tender bernilai RM280 juta. Setelah projek itu diluluskan oleh kerajaan, Rosmah tanpa segan silu telah mengarahkan saya supaya membayar komisen sebanyak 5% kepadanya, sebelum projek bermula. Saya seorang yg berprinsip dan tidak sukakan "hanky panky", tak dapat tender pun tak apa!!!
Saya campakkan tender tu ke atas meja, depan muka Rosmah dan terus keluar dari pejabatnya. Sejak hari itu Rosmah menyimpan dendam terhadap saya. Itulah perangai sebenar Rosmah, tiada siapa boleh berkata "tidak" kepadanya. Dia memang sedia maklum, tugu periuk kera itu telah dibina oleh Tun M, sebagai menghargai saya. Sayang sekali, tugu tu amat cantik dan keunikannya menjadi tarikan pengunjung ke Dataran Merdeka...
Atas dasar patriotik, semasa Tun M menjadi PM4, beliau telah menukar semua jalan2 atas nama penjajah, kepada nama-nama pemimpin tempatan. Sebagai contoh: Foch Avenue Tun Tan Cheng Lock, Jalan Treacher kepada Jalan Sultan Ismail, Jalan Weld kepada Jalan Raja Chulan, Jalan Parry kepada Jalan P. Ramlee, Jalan ShawHang Tuah, jalan Brickfields kepada Jalan Tun Sambanthan, Jalan Circular kepada Jalan Tun Razak, Bukit Kenny kepada Bukit Tunku, Jalan Davidson kepada Jalan Hang Jebat dan banyak lagi...
Tapi malangnya semua jasa2 seorang tua berusia 95 tahun ini kian dilupakan. orang Melayu sememangnya mudah lupa....
Dewan Bandaraya di bawah seliaan TS Elyas pula, telah memanjangkan jalan-jalan di sekitar bandaraya seperti, Jalan Sultan Ismail sehingga ke Jalan Kucing, sebelumnya hingga ke Jalan Ampang sahaja. Begitu juga dengan Jalan Raja Laut, asalnya dari Jalan Ipoh ke Sime Darby sahaja, dipanjangkan sehingga ke Jalan Parlimen, sekaligus menjadi jalan yg cukup ekslusif, dengan terbinanya bangunan2 raksasa seperti KWSP, OUB, DBKL, DBKL-2, Stesyen LRT dan CIMB...
Saya merasa amat bertuah kerana dapat menyumbang beberapa pandangan dan cadangan2 yg bernas dalam usaha memaju dan mencantikkan bandaraya kebanggaan rakyat Malaysia, iaitu bandaraya Kuala Lumpur...
SAYANGI MALAYSIAKU
0 comments:
Post a Comment