Saturday, August 22, 2020

sebuah cerita


MY TRUE STORY.
Mohamed Hanifah

Sedikit perkongsian dengan rakan2 FB tentang perkenalan awal saya dengan Tun Dr. Mahathir...

Saya telah diperkenalkan kepada Tun Mahathir dalam tahun 1970, oleh abang sepupu saya yg juga sahabat baik Tun. Waktu itu beliau tidak memegang sebarang jawatan, cuma menguruskan kliniknya, iaitu Maha Klinik di Alor Setar, Kedah.
Tun kerap berkunjung ke pejabat abang sepupu, di Segambut. Kali pertama berjumpa dengannya, saya masih belajar di Universiti Oxford dan baru pulang bercuti. Saya berpeluang berjumpa dengannya sebanyak 5 kali.

Beliau sering berkongsi cerita tentang cabaran dalam dunia politik yg dilaluinya. Tun, yg saya panggil sebagai "Uncle doktor" itu, bukan calang2 orang, beliau handal berbicara dalam semua bidang. Memiliki rupa yg tampan, segak bergaya, berilmu tinggi, pengalamannya luas, berfikiran jauh dan genius, sentiasa kelihatan tenang walaupun dalam situasi tegang. Apa yg menariknya, antara saya dan Tun ada chemistry. Perjuangannya adalah terjemahan dari azam dan cita2 sebenar saya, walaupun dihalang melibatkan diri dalam politik oleh ayah. Percakapan Tun sering menjurus ke arah membela nasib orang Melayu dan memartabatkan bangsa Melayu agar tidak ketinggalan dan dapat maju setanding dengan bangsa2 lain di negara ini. Itulah yg menjadikan Tun M idola saya...

Tun telah dipecat dari UMNO pada tahun 1969 oleh Tunku, presiden UMNO ketika itu.
Tunku memandang rendah dan meragui kewibawaan orang Melayu, dengan berpendapat bahawa orang Melayu takkan mampu memajukan negara Malaysia, sebaliknya beliau lebih berkeyakinan terhadap pendatang Cina dan India. Orang Melayu terus diketepikan daripada menikmati hasil pembangunan negara, disebabkan dominasi kaum Cina. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...
Tiada siapa pun yg berani menegur Tunku, tapi Tun M nekad menghantar sepucuk surat "pedas" yg mengkritik pentadbirannya, kerana menganaktirikan orang Melayu. Akibat "surat beracun" itulah, Tun telah dipecat serta-merta oleh Tunku...

Sewaktu di luar UMNO, Tun telah menulis buku "The Malay Dilemma" pada tahun 1969 yang banyak menimbulkan kontroversi. Isi kandungannya tiada langsung unsur2 perkauman dan hasutan, seperti yg didakwa oleh Tunku, ianya hanya menyebut tentang kelemahan orang Melayu dan akibat kelemahan itu membuatkan bangsa lain mengambil kesempatan ke atas orang Melayu. Tulisannya bertujuan membakar semangat orang Melayu supaya bangkit memajukan diri bersaing dengan bangsa2 lain. Setelah diterbitkan pada 1970, buku ini diharamkan oleh Tunku. Namun, pada 1981, buku ini di"halal"kan sewaktu Tun menjadi PM ke-4. Diterjemah ke Bahasa Melayu dengan tajuk "Dilema Melayu" oleh Ibrahim Saad pada 1982...

Orang Melayu wajib tahu, bahawa Tun Mahathir adalah PEJUANG MELAYU sebenar. Demi mempertahankan orang Melayu, beliau sanggup menanggung risiko atas tindakan beraninya itu. Ramai orang Melayu yg tak tahu sejarah tapi malas membaca. Disebabkan anak MELAYU PANTANG DICABAR, Tun sengaja mencabar dengan berkata orang MELAYU MALAS, tujuannya supaya orang Melayu bangkit menyahut cabarannya dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Tapi sayangnya, akibat pengetahuan yg cetek, mereka gagal memahami kata2 simbolik yg Tun cuba sampaikan. Sudahlah bodoh, sombong pula, langsung tak boleh ditegur! Sebaliknya Tun dituduh menghina dan memandang rendah kepada orang Melayu. Orang yg baik dan bercakap benar dituduh jahat, manakala orang yg jahat dan bercakap bohong dipuja2 seperti raja. YG BETUL JADI SALAH, YG SALAH JADI BETUL!!! Itulah realiti dunia sekarang. Hai...Melayu, Melayu, bilalah nak berubah?

Sewaktu Tun hilang jawatan, beliau dipulau oleh pemimpin2 UMNO yg lain, seolah-olah beliau tak wujud, tapi Tun Razak tidak. Beliau mencari2 peluang untuk mengambil Tun kembali, kerana Tun Razak sedar, Tun adalah seorang pemimpin patriotik yg bernilai tinggi, matlamat perjuangan mereka juga sama, iaitu membela nasib orang Melayu. Ketika Tun Razak sebagai PM ke-2, membuat lawatan rasmi ke Morib, Dato Harun Idris sebagai MB Selangor ketika itu, telah membawa Tun berjumpa Tun Razak dan meminta Tun Razak mengambil kembali Tun sertai UMNO kerana Tun Razak adalah presiden UMNO ketika itu, setelah Tunku meletak jawatan. Tun Razak sangat gembira dan melantik Tun sebagai Senator pada 1973.

Dato Harun Idris adalah seorang pemimpin yg berjiwa Melayu dan amat berjasa kepada orang Melayu di Negeri Selangor. Beliau bertanggungjawab membantu orang2 Melayu mendapatkan tanah. Tanpanya, orang Melayu tak akan dapat pemilikan tanah, tapi jasa beliau langsung tidak dikenang oleh orang Melayu. Sewaktu beliau meninggal, tiada seorang pun orang Melayu yg pernah dibantu, datang menziarahinya. Orang Melayu memang cepat lupa!!!

Setelah menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1974, Tun datang ke pejabat saya, mengajak saya masuk UMNO...
"Saya nak jadikan hang seorang pemimpin, pasai hang ada kualiti dan kebolehan, saya nak hang berjuang bersama saya membela nasib orang Melayu..."
Saya beritahu Tun, ayah saya tidak benarkan saya masuk politik, dia lebih suka saya menguruskan perniagaan keluarga sahaja. Sebelum ini pun, sahabat baik ayah saya, Tun Dr. Ismail juga telah memujuk agar saya sertai UMNO, tapi saya tolak dengan memberikan alasan yg sama...

Apabila Tun dilantik menjadi PM pada 1981, Musa Hitam pula sebagai TPM. Tun memujuk saya agar bertanding di kerusi parlimen Mersing dan seterusnya menjadi menteri. Usul Tun disokong padu oleh Musa Hitam, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Johor ketika itu, juga disokong oleh naib presidennya Ghaffar Baba, tapi saya tolak dengan baik...

Musa Hitam kemudiannya meminta saya jadi ADUN dan seterusnya MB Johor. Cadangan Musa Hitam turut dipersetujui oleh Sultan Iskandar, Sultan Johore waktu itu, namun saya memberi alasan, ramai lagi ahli UMNO yg lebih layak dari saya. Oleh kerana keengganan saya, Musa Hitam telah meminta Setiausaha Politiknya Abdul Ajib, yg berasal dari Segamat (calun last minute), menggantikan saya.
Saya sendiri turun berkempen dengan perbelanjaan sendiri untuk membantu Abdul Ajib, akhirnya dia menang besar...

Saya juga memperkenalkan seorang rakan sedarjah saya di Sekolah Seri Mersing, iaitu Dato' Zainal Abidin Daud dan rakan sekolah saya (Junior) Datuk Dr. Abdul Lathif (sekarang menteri KPLB), kepada Tun M dan Musa Hitam. Zainal kemudiannya menjadi ADUN Endau, sementara Dr. Lathif dicalonkan AP Mersing. Sebagai mengenang jasa saya, Tun melantik Dr. Lathif sebagai Timbalan Menteri Kesihatan waktu itu...

Dalam tahun 90an, Tun datang ke rumah saya dengan memandu sendiri. Beliau tak jemu2 memujuk saya sertai kerajaan. Kedatangannya membawa hajat untuk melantik saya menjadi senator, dan seterusnya Menteri KPLB atau KPKT. "Saya nak hang masuk kerajaan, saya nak lantik hang jadi Senator, lepas tu Menteri. Saya nampak hang ada tokoh pemimpin tersembunyi, sebab tu saya tak mau lepaskan hang, saya yakin hang boleh bantu saya"...

Saya tetap dengan pendirian saya, perjanjian dengan ayah, saya pegang teguh. Tun betul2 kecewa dengan penolakan saya, nak lantik senator tak mahu, suruh jadi menteri pun saya tolak...
"Orang lain berebut2 nakkan kuasa dan pangkat, tapi hang tolak rezeki!", marahnya...
Apa lagi yg dapat saya katakan..
Walaupun tak masuk kerajaan, saya sentiasa menyokong Tun dari belakang dan bantu kerajaan secara "ghaib", jika ada bencana alam dan sebagainya...

Kalau dulu saya dengar kata Tun, kemungkinan besar saya dah jadi PM, bukan Anwar, bukan Dollah, bukan Najib, bukan juga pengkhianat Tok Mudin dan mungkin UMNO masih relevan sebagai parti pembela orang Melayu, diterima oleh orang Melayu serta sebuah parti yg Bersih, Cekap dan Amanah. Yg penting bukan parti yg ditolak dan dilabel sebagai Kleptokrasi...

Tapi saya tetap saya, seorang yg berpegang teguh pada janji. Janji saya kepada arwah ayah, masih terus bertahan sehingga kini. Saya tidak akan sekali2 masuk politik kerana pesan ayah masih terngiang2 di telinga, "Permainan politik itu kotor, kerana ramai orang yg tamak kuasa, gila kuasa, salah guna kuasa, suka makan duit haram dan menikam antara satu sama lain, kekalkan tradisi keluarga kita dengan berniaga". Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya berniaga, kerana padanya ada 9 daripada 10 rezeki.
Itulah sebabnya saya menolak semua jawatan dari kerajaan...

Perbezaan ketara antara Tun dan Anwar bila dipecat dari UMNO:
Tun tidak memberontak, beliau hanya menyepikan diri dan menguruskan kliniknya di Kedah. Menulis buku The Malay Dilemma, meniup semangat orang Melayu agar bangkit bersaing maju dengan bangsa lain..

Anwar pula membuat perhimpunan tunjuk perasaan(kononnya reformasi), yg menghuru-harakan negara dan menghasut rakyat supaya bencikan kerajaan serta bangkit tegakkan keadilan semata2 untuk dirinya...

DSMH







Share this article :

0 comments: