MENGAPA BAGINI...KEMANA SUDAHNYA ??
Rafidah Aziz Malaysian Citizen
Sementara United Kingdom
melalui peristiwa "Brexit" nya, dengan referendum untuk keluar dari
European Union, kita di Malaysia juga tidak ketinggalan. UMNO telah
berterusan melakukan "Umno-exit" nya sendiri dengan penyingkiran
beberapa pemimpin2 Umno..atas beberapa alasan2. Dan ada yang sendiri
meninggalkan Parti.
Umno dalam setengah abad yang lalu , telah
mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran. Setiap peristiwa secara
berterusan ,telah menghakis kekuatan dan ketahanan Parti , terutama
dengan semakin ramai anak2 muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno
dimasa lalu.
Pasti Umno tidak bolih hanya bersandarkan kapada
sentimen perjuangan lama..kerana suasana politik, sosial dan ekonomi
memerlukan strategi serta penekanan2 yang berbeza.
Namun kita
TIDAK bolih lari dari hakikat bahawa, PERPADUAN ,dalam mana jua zaman
dan era, adalah kunci kapada kejayaan Parti seterusnya.
Dan
Perpaduan tersebut akan pasti terjejas apabila terdapat perpecahan Parti
mengikut kelompok dan kumpulan ..dan antara " orang saya " dan " orang
dia", serta " orang kita " dan " orang mereka". Dan apabila pelbagaian
pendapat tidak dapat diterima, dan di anggap sebagai " tentangan".
Sekarang nyata sudah berlaku "perperangan terbuka". Segala kain
kotor dikirai kapada awam. Kata2 kesat dikeluarkan. DENDAM MENDENDAM
sudah menjadi asas . Setiap pemimpin mencuba sedaya upaya, untuk
menujukkan pemimpin yang satu lagi betul2 huduh dan buruk. Masing2
menconteng arang kepada muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap
yang terlibat nampak BAGITU BURUK DAH HUDUH, kapada awam.
Pasti ramai yang beranggapan bahawa TIADA SEORANG PUN pemimpin " yang
betul "...dan mengaggap "semuanya tak bolih pakai" olih KERANA
PEMIMPIN2 SENDIRI yang mencaci dan memburukkan sesama sendiri !!
Politik telah menjadi PERIBADI atau PERSONAL.
Adakah INI matlamat perbalahan antara pemimpin2 dalam Umno?
Mengapa dibiar Dendam dan sakit hati menjadi pendorong tindakan?
Dimana letaknya pegangan dan komitmen kapada Cogankata
Umno.."BERSATU,BERSETIA BERKHIDMAT" ?
Apabila yang sebenarnya berlaku ialah berbalah...berdendam ..dan berpecah belah ?
Umno sudah pernah di Haramkan. Orang2 Umno telah menubuhkan parti2 politik sendiri dan menentang Umno.
Mengapa dibiarkan permusuhan menular dalam Parti sehingga kawan jadi lawan...dan lawan dibawa tidur sebantal ?
Tidakkah kita belajar dari masa lepas ? Dari peristiwa2 pahit yang telah banyak menjejaskan Parti ?
Menjelang Shawal ini, wajar kita renungkan bersama tentang kemana
arah haluan Parti..kita TIDAK memupuk kekuatan jika tidak ada perpaduan
sebenarnya.
Perpaduan BUKAN bererti MENJERIT2 SLOGAN, BERPELUK2AN atau MENCIUM2 TANGAN!
Atau PHOTO OPP dan kenyataan2
yang " mencerminkan " yang " semua ok".
Anak2 muda ada opsyen dan pilihan lain.
Sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan contoh2
kepimpinan yang baik, supaya anak2 muda menjadi tokoktambah kapada
kekuatan Umno.
Sememang MASIH ADA Isu2 dan masaalah, yang perlu
diselesaikan supaya tidak terus terjejas keredibiliti kepimpinan Parti
dan Kerajaan..Isu2 yang menjadi perhatian dunia.
Yang BETUL tetap betul. Yang SALAH tetap salah.
TETAPI penyelesaian TIDAK akan diperolehi dengan cara perbalahan dan
dendam peribadi. Ia hanya mengeruh dan mengusutkan keadaan.
FOKUS kapada ISU..BUKAN kapada peribadi ..
KESETIAAN mestilah kapada PARTI..BUKAN kapada mana2
INDIVIDU..KERANA INDIVIDU DATANG DAN PERGI.. Sudah ramai yang telah
pergi..tetapi PARTI mesti KEKAL.
Hentikanlah perbalahan..carilah jalan penyatuan..
Pemimpin2 dimasa lalu juga berseliseh faham. Tetapi antara mereka menganggap saperti air yang di cincang tidak akan putus..
Jangan dibiarkan masaalah2 yang menular itu menyebabkan ahli2 sendiri kecewa . Apatah lagi orang2 Melayu dan Rakyat.
UMNO sebagai Parti TIDAK bersalah..MAANUSIA dan gelagatnya,
yang mencemar nama baik Umno.. dengan tindak tanduk yang tidak selari
dengan semangat perjuangan sebenarnya. JANGAN kerana maanusia, UMNO di
PERSALAHKAN.
Berperang sesama sendiri , didorong olih dendam dan
mungkin juga ego ,merugikan Parti. Disamping menambah Dosa, dan
memburukkan diri masing2 pada khalayak ramai .
Pasti diShawal ini , RAMAI yang perlu memohon AMPUN MAAF antara masing2.
Sama2lah kita ingat apa kata orang tua2...
KERANA NILA SETITIK..ROSAK SUSU SEBELANGA.
DAN berpesan lagi orang tua2...
Jangan menang sorak..kampong tergadai..
Rafidah Aziz Malaysian Citizen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment