selamat datang ke ambang

merenung dengan akal membaca dengan fikir
segenap kata segenap makna
bahasa suara bangsa fikir nusa degup ibunda
tanah keramat hidup bersama bersatu berpecah tiada

putrajaya

Sunday, July 29, 2018

HIJRAH 2.0

No comments:
Bersatu jangka lebih ramai orang Umno keluar parti
29 JULAI 2018

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tiga, kiri) menerima borang deklarasi keluar Umno sebanyak 500 orang daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno N16 Bukit Tunku Datuk Mohd Zain Ismail (dua, kanan) ketika merasmikan Program Hijrah 2.0 di Dewan Pertubuhan Peladang Machang, hari ini. - Foto Bernama

MACHANG - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjangka lebih ramai ahli Umno akan keluar dari parti itu dan menyertai Bersatu.

Mukhriz berkata, ia berikutan ahli Umno kini telah hilang keyakinan terhadap parti berkenaan terutama selepas kekalahan BN pada PRU14, lalu.


"Pada masa yang sama saya tengok Umno kini terdesak dan melakukan pelbagai perkara untuk menghalang ahli mereka berhijrah menyertai parti lain walhal mereka tidak lagi berkuasa di peringkat negeri ataupun Persekutuan," katanya pada Program HIJRAH 2.0 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor dan timbalannya, Datuk Sazmi Miah.

Terdahulu, Mukhriz menerima borang deklarasi keluar Umno daripada 500 pemimpin akar umbi parti itu yang diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku Datuk Mohd Zain Ismail.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata masih ada ramai ahli Umno yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara namun ditakut-takutkan oleh pemimpn parti itu supaya tidak melompat parti.

"Orang yang ikhlas berjuang (untuk agama, bangsa dan negara) ramai lagi berada dalam Umno tapi agaknya mereka terpengaruh dengan dakyah dalaman kerana mereka dimomokkan dengan segala apa yang kami dedahkan adalah fitnah dan tohmahan semata-mata.

"Jadi mereka tak tergerak untuk buat keputusan awal (menyertai Bersatu) tapi lepas tu mereka dah sedar terutama selepas pendedahan di mahmamah mengenai penyelewengan yang dilakukan (Bekas Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Ditanya adakah Bersatu akan menjadi Umno 2.0 berikutan penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam parti itu ketika ini, Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan tapisan terhadap ahli Umno yang berhasrat menyertai parti itu.

"Adalah tokoh-tokoh tertentu dalam Umno yang berhasrat untuk menyertai Bersatu tapi kalau kita rasa tak sesuai kita akan tolak permohonan mereka," katanya. - Bernama

sinarharian


500 pemimpin akar umbi Umno keluar parti
ZUMURNI HAMZAH
29 JULAI 2018

Mohd Zain (tiga, kanan) dan Tuan Aziz menyampaikan deklarasi Hijrah 2.0 kepada Mukhriz sebagai simbolik keluar Umno.


MACHANG - Seramai 500 pemimpin Umno tempatan di negeri ini termasuk bekas Adun Bukit Tuku, Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta, hari ini

Turut sama adalah bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai dan calon BN Parlimen Kuala Krai bagi PRU13, Tuan Aziz Tuan Mat.


Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Program Hijrah 2.0 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Machang.

Mohd Zain dalam ucapannya berkata, tindakan tersebut adalah pilihan mereka sendiri tanpa melibatkan desakan mana-mana pihak demi memperjuangkan kepentingan rakyat.

Menurutnya, walaupun terlalu menyayangi Umno, dia dan rakan-rakan lain terpaksa membuat pilihan tersebut kerana dasar perjuangan Umno pada hari ini sudah jauh tersasar dan dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Ramai lagi yang akan menurut jejak langkah kami. Di Rantau Panjang sahaja, tidak kurang 3,000 ahli Umno akan melakukan perkara yang sama dengan keluar parti dan berhijrah.

“Saya percaya Bersatu mampu mengambil alih tugas dan memperjuangkan nasib rakyat sekali gus menyuburkan semangat perjuangan sebenar bagi membela nasib agama, bangsa dan negara,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah.

Turut sama mengumumkan keluar Umno, Muhammad Zul Apis Baharum atau lebih dikenali sebagai Mat Tere.

Kemunculan lelaki orang kurang upaya tersebut menarik perhatian ramai apabila bertindak membuat pengumuman keluar parti di depan khalayak.

Sementara itu, Mukhriz berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dan percaya, hanya mereka yang ikhlas dalam perjuangan akan berbuat demikian.

Menurutnya, Bersatu adalah pewaris perjuangan Umno yang asal dan subur dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa melibatkan apa-apa kepentingan peribadi.

Katanya, penghijrahan tersebut bukan melibatkan mereka yang kecewa atau bermasalah dalam Umno atau parti lain tetapi ahli dan pemimpin yang baru tersedar dan mula bangkit dalam perjuangan masing-masing.

SINARHARIAN




Continue Reading...

ke era lampau

No comments:
Ya, saya mahu bawa Malaysia kembali ke era lampau, Dr M beritahu Najib
FMT Reporters | July 27, 2018

Perdana menteri mengalu-alukan peletakan jawatan beramai-ramai pengarah Khazanah, dan menjawab kritikan terhadap dasar ekonomi.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab kritikan bekas perdana menteri yang mengatakan kerajaan mahu membawa Malaysia kembali ke era lampau.

Beliau berkata lebih baik Malaysia kembali ke keadaan ketika negara dikenali sebagai kuasa ekonomi.

“Era lampau itu era bila Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia. Adakah dia mahu katakan rakyat patut dibawa ke era negara dikenali sebagai kleptokrasi yang dipimpin seorang kleptokrat?” kata perdana menteri dalam kenyataan.

Semalam, Najib ketika berucap di Parlimen menuduh kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan dasar ekonomi “regresif”.

Dr Mahathir turut menyentuh laporan RM2 bilion terhapus di Bursa Malaysia, perdana menteri berkata ia cuma kerugian atas kertas berbanding hutang negara RM1 trilion yang diwarisi daripada kerajaan lepas.

“Jumlah hutang itu nyata, jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang itu nyata. Sebahagian besar jumlah yang ‘dilaburkan’ oleh pentadbiran terdahulu belum diperoleh semula kerana kita tak tahu di mana ia dilaburkan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir mengalu-alukan peletakan jawatan beramai-ramai pengarah Khazanah Nasional.

Media melaporkan semua 9 pengarah di syarikat milik kerajaan itu meletakkan jawatab selepas Dr Mahathir berkata Khazanah menyimpang dari tujuan asal.

Mereka berkata langkah itu bagi membolehkan kerajaan melantik ahli lembaga pengarah baru.

“Tindakan ini membolehkan penstrukturan kerana dasar kita kini berbeza. Walaupun kita percaya gaji perlu setimpal tetapi ia tak boleh sentiasa berdasarkan kadar komersial.

“Kita lebih suka cara memberikan bonus yang setimpal berdasarkan prestasi kerana beberapa syarikat mungkin tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan,” katanya.

fmt
Continue Reading...

Tun M bersama TMY

No comments:









YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan YABhg Tun Siti Hasmah Mohd Ali 
meluangkan masa lebih sejam melawat YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Continue Reading...

Thursday, July 26, 2018

Rakyat Sokong Tun M

No comments:
MENGAPA RAKYAT SOKONG TUN MAHATHIR?
Yahaya Ismail


Tidak semua makhluk boleh menjadi pemimpin berwibawa, ada integriti, pengalaman, dan ketajaman intelek dan keberanian seperti Tun M. Allah melanjutkan usia Tun M ada sebabnya. Hanya beliau saja yang diberkati Allah menumbangkan maharaja perompak super lanun kelas cakrawala bernama Najib Razak yang ditunggangi bininya yg super rakus, super gila kuasa, kononnya atas nasihat para bomoh dan sami Hindu.

Lanun Najib dan kabilah koruptornya BN merancang untuk terus berkuasa melalui mantra syaitan 'cash is king' seolah-olah hati nurani rakyat berbilang kaum akan terpukau dengan duit untuk menyokong para lanun, pelesit dan puaka. Mereka lupa Allah maha kuasa menentukan segala. Maharaja perompak mengugut, mengancam, menghina, memperlekehkan Tun M dengan harapan manusia berusia 92 tahun itu akan gentar dan menyorot kepala seperti kura-kura ketakutan. Dia salah dugaan.



Bukan sebarang pemimpin boleh menjinakkan musuh-musuh politiknya untuk bekerjasama dalam wadah Pakatan Harapan. Tapi Tun M boleh meyakinkan mereka. Bisikan illahi memenuhi hati nurani rakyat dan para pemimpin pembangkang untuk bersatu bawah pimpinan mantan PM selama 22 tahun itu. Mantra 'cash is king' tidak dapat mempengaruhi majoriti rakyat yang tertindas, terinaya untuk memapah. merhaban dengan golongan munafikun, lebai dan haji pemakan dedak gred E bersama macai dan badut kuda kepang yang mabuk dedak itu.

Apa yang ada pada Tun M menentang penyamun kelas cakrawala dengan kabilah pemabuk kuasa dan golongan munafikun berjubah, berjanggut, berserban dan berketayap? Hanya satu saja. Tun M berpegang pada tali Allah. Dia super yakin Allah akan melindunginya, memberi kemenangan kepada dia dan rakyat Malaysia berbilang kaum. Pakatan Harapan tidak punya duit berbilion untuk menabur seperti bertih bomoh sesat. Para pejuang PH hanya punya semangat besi kursani dan kuasa Allah menentukan nasib mereka.



Allah berkati perjuangan Tun M dan PH akhirnya. Gergasi tua yg uzur, dibaham korupsi, dengan kabilah munafik dan para badut serta Luncai berjubah tersungkur ke bumi, hilang segala cawat dan mantra 'cash is king'. Hari ini maharaja perompak Najib razak, bekas menteri yang super korup dan puak munafik penjaja agama tetapi pemakan dedak menerima sumpahan rakyat dan kemurkaan Allah.

Hari ini rakyat menunggu mereka diheret segera ke mahkamah untuk diadili. Korupsi mesti ditentang habis-habisan. Itu amanah PH, dan mesti dilaksanakan segera. Jangan ada kompromi. Jangan ada apa-apa alasan untuk melengah-lengahkan tindakan. Budaya korup UMNO jangan diwarisi oleh PH kalau mahu rakyat terus menyokong pimpinannya. Ingat, hari ini rakyat lebih bijak membuat keputusan. Sekarang rakyat yang berkuasa, bukan parti politik, bukan puak istana, bukan haji dan lebai. Rakyat berdoa, sembahyang hajat memohon Allah lanjutkan usia Tun M agar beliau terus memimpin kerajaan hingga sampai ke pru 15 hatta selanjutnya kalau Allah mengizinkan.

fb yahaya ismail
Continue Reading...

Sunday, July 22, 2018

dah tak jadi mentri

No comments:



Dah tak jadi mentri
bawa bini jalan-jalan sekala sekali
esok turun kempen prk kandis sungai
cakap betul bukan auta putar pintai
satu saja wa tengok tuan mentri
masih rasa dunia kuat tongkat banyak ali
segala macam orang beri rasa hak sendiri
masuk tv akhbar kasi cakap wah begitu begini
tiada ucap terima kasih rasa macam hak sendiri
dulu kenapa semua tak boleh asyik ugut hukum kasi
skrng melopong cakap besar tak ngaku kalah badi
bebas tak pandai pakai besar tak pintar diri
aduhai mentri
prk lagi dan kau akan macam-macam lagi
tambah benci dengar muka tengok lagi benci
Continue Reading...

Friday, July 20, 2018

Tun M dan Sastera

No comments:
 Dari fb Siti Sara Salwana


SSS berdiri pada satu sudut. Memerhati dari jauh wartawan sedang temu bual Tun. Pandangan mata SSS tajam memerhati Tun tanpa berkelip. Pengawal memberi arahan.

"Sila jarak empat kaki dari Tun." Tun memberi senyum manis seorang negarawan. Dia memerhati je arah SSS dan melambai. SSS toleh kiri kanan. Tiada sesiapa sebab tumpuan mereka kepada Tun.

Tiba-tiba seorang lelaki berbadan tegap datang ke arah SSS. " Puan silakan ikut saya Tun ingin bercakap dengan Puan." Senyum pegawai tersebut terukir di bibir.

SSS memerhati kepada Tun. Tun angguk kepala seperti mengerti pandangan SSS. Dengan langkah kaki gembira SSS mula menapak ke arah Tun.

"Beri laluan kepada Puan ini ya." Arah beberapa pegawai yang berdiri setiap sudut tempat Tun duduk. SSS terasa bagai mimpi di siang hari. Seorang negarawan yang pernah makan bersama dulu berminat berbual dengan SSS.

Sampai berdekatan Tun SSS agak gementar kerana semua lelaki di sekeliling Tun.

" Kenalkan, saya Sara Salwana wakil Asasi Kedah." SSS hulur kad nama. Tun baca satu persatu.

"Saya perhati dari tadi lagi. Awat tak mai?" Sapa Tun ramah.

" Saya bukan orang penting Tun, saya penulis biasa aja."

"Sasterawan kan?" Berdegup kencang jantung SSS. Gelaran itu terlalu hebat dan SSS tidak layakpun.

"Saya hanya penulis biasa aja." SSS senyum malu.

"Mana kawan Asasi lain ada mai dak?" Tanya Tun lagi.

"Saya aja. Mereka ada komitmen lain." Jawab SSS.

"Lain kali buat acara Asasi bersama saya. Kumpul semua ahli." SSS terpana rasa bagai mimpi.

"Insyallah, boleh saya bergambar sekejap dengan Tun." Salah seorang pengawal Tun minta hp SSS dan snap foto kami dalam sesak para wartawan.

Semoga ada pertemuan lagi.

fbsitisarasalwana
Continue Reading...