Tuesday, July 3, 2018

suara-suara luka


 Suara-Suara Luka

Suara pembaharuan adalah suara-suara yang tidak diinginkan untuk tumbuh dan membiak. Suara yang dilenyapkan oleh kepercayaan kepada tradisi dan feudalisme yang kental. Tidak ada penolakan kepada sistem silam yang melingkari  budaya parti sebaliknya pembaharuan mesti ditolak. Perwakilan hanyalah biduk-biduk yang diatur tanpa fikir dan suara. Yang menurut saja suara dan jerkah sang pemilik kekuatan. Maka terjadilah segala tanding dan bahas hanya sebuah lukisan untuk menutup segala keburukan dan kesakitan yang tidak terawatkan. Segala yang terpamer adalah untuk merawat segala lenguh dan sakit yang dalam. Siapa yang berani lagi membawa laung-laungan suci selaian berdiam dan salut menerima. Hikayat yang didendangkan  diterima dengan nafiri dan gendang gembira?


 
  KJ mengutarakan formula pembaharuan

MSO mencatatkan :


Razaleigh dan Khairy cuba mengemukakan pembaharuan dalam Umno untuk memulihkan parti itu, berbeza dengan Zahid yang dilihat mahu terus mengekalkan Umno yang dicorakkan Najib Razak sebelum ini. Apabila Zahid diangkat menjadi presiden, ia bermakna penerusan regim Najib Razak. Kemenangan Zahid membawa pengertian kemenangan bagi Najib Razak, sekaligus ahli Umno masih menerima Najib sebagai pemimpin suci (bangasawan) yang selamanya akan disembah marhaen

Suara pembaharuan adalah suara-suara luka yang tak didengar bukit dan gunung  kuasa dalam UMNO. Mereka masih meyakini cara lama dan persekitaran lama yang masih boleh membawa seruan-seruan perubahan bukan menolak dogma dan kepercayaan yang sudah tertanam dalam parti ini. Siapa yang bangun dengan api perubahan akan dipadamkan bara dan nyalanya secepat mungkin. KJ menemui jalan keluar dari perjuangan itu dengan pemadaman segala ingin dan harapan pembaharuan yang disangkutkan di bumbung atap PWTC. Tidak akan berkibar dan tidak akan dilunasi sesiapa. Ramai yang menaruh harapan dari suara dan kepetahan hujah KJ tetapi dalam jiwa dan daging UMNO tidak tumbuh keyakinan perubahan ala KJ berhasil. 

Mereka tidak yakin dengan Ku Li. Perspektif dan peraturan mahu kepada perubahan yang lebih santun dan penghormatan tidak sedikit menyentuh jiwa perwakilan. Mereka tidak mahu begitu sentimental atau terlalu berdiplomasi dan menjaga hati lalu membenam hasrat Ku Li.

Yang tinggal adalah UMNO dengan wajah feudalnya yang lebih suka diturapi dengan aksesori dan balutan untuk menjadikan ia nampak gah dan ternama. Masih mahu bangkit dan keyakinan terdekat menukar tampuk negara. Sedang realiti tidak dibaca dengan sempurna oleh semua sebagaimana kisah lama realiti tak sanggup dihadapi.

Semuanya disihir dengan mimpi indah dan asyik. Semuanya percaya.

Tetapi dari dalam kulit dan urat nadi menggelapar rasa terluka dan sakit yang tak terkira.
Sukar untuk dinyatakan tetapi inilah yang menyerang saraf dan daging kehidupan UMNO. Ramai yang terseka pilu bica bercerita tentang kelukaan itu. Mereka tidak membenci tetapi menyayangi tetapi mereka tidak ada upaya menerpa merubah situasi.

Bacalah suara-suara itu dengan hati terbuka. Dengan rasa mengerti dan memahami bahawa segalanya begitu ....

‘I love PM’- pengalaman saya.


Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan rasmi projek baru oleh PM. Pegawai inilah sebahagian dari 17,000 political appointees oleh Kerajaan BN.

Walaupun pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC ini.

Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosidur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga keperingkat Menteri Kewangan.

Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops there’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut ‘his whims and fancy’.

Itu sebab saya sangat bersetuju Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan.

Prosidur kewangan di GLC sangat berbeza dimana tampok kuasa kewangan hanya dipegang oleh MD atau CEO dan pegawai bawahan tidak mempunyai banyak kuasa berbanding pegawai dalam Kerajaan.

Walaupun GLC mempunyai team audit dalaman dan luaran, fungsi dan kuasa mereka sangat terhad berbanding kuasa Audit Negara didalam Kerajaan. Audit team di GLC melapur kepada Audit komiti terdiri dari ahli BOD. Ramai ahli BOD pula adalah dari lantikan politik mewakili parti BN dan Umno.

Dengan kelonggaran ini, ahli politik umno sangat gemar memperalatkan GLC sebagai ‘gold mine’ mereka.

Semasa pembukaan rasmi sebuah projek masjid di Klang saya saksikan sendiri bagaimana macai dan PR team PM memperalatkan GLC untuk memperkenalkan konsep ‘I love PM’ kepada orang ramai.

Seminggu sebelum program dijalankan, PR team PM sudah mula menjalankan tugas dengan merancang setiap program secara terperinci.

Memandangkan warga GLC dan penduduk tempatan masih tidak mencukupi untuk meramaikan majlis, team PM mempelawa ahli ahli BN/umno dari bahagian berdekatan untuk hadir bersama dimana GLC dipaksa menaja kos pengangkutan. Untuk membawa beribu penyokong umno dari bahagian berdekatan bukannya murah.

Team PR Najib membawa semua khemah tertutup berhawa dingin, kerusi meja, pentas, genset, peralatan PA dan sajian catering untuk 5000 orang. Ini yang dinamakan ‘gravy train’ kerana ramai macai yang menyediakan nya dengan bayaran kos yang tinggi. Akhirnya semua kos akan dibilkan kepada GLC.

Orang ramai diarahkan datang beberapa jam sebelum kedatangan PM dan team PR mengajak warga GLC memegang placard ‘I Love PM’ dan mengajar melambaikan nya dilaluan PM nanti.

Pada masa itu saya rasa seperti kebudak-budakan kerana perkara sama dilakukan semasa saya dizaman persekolahan rendah, diajar menjerit ‘Daulat Tuanku’ ditepi jalan hadapan sekolah setiap kali Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor menziarahi Muar pada tahun 70’an dahulu, come rain or shine.

Senior Staffs dan ahli Board of Directors pula diajar menyanyi jingle ‘I Love PM’ diatas pentas bersama Najib pada akhir majlis nanti.

Apabila PM muncul maka beria lah semua yang hadir melambai placard dan menjerit ‘I Love PM’. Saya lihat muka Najib sangatlah riang gembira memerhatikan telatah rakyat yang sangat sayangkan PM mereka.

Setelah selesai semua upacara pecah tanah dan ucapan wajib, maka semua senior staffs dan ahli BOD naik keatas pentas menyanyi lagu patriotik dan jingle ‘I Love PM’ bersama penyanyi undangan mengerumuni Najib, sambil yang lain menikmati makanan catering yang sangat enak seperti sajian di hotel 5 bintang.

Begitulah bagaimana PM dijulang dan disanjung tinggi seperti sebuah sketsa yang telah di choreograph dan skrip ditulis oleh PR team Najib.

Kemana Najib pergi, PR team beliaulah yang menentukan lakunan yang akan dilakukan oleh penyokong umno dan rakyat jelata.

Lama kelamaan Najib menjadi ‘out of touch’ dengan kehidupan rakyat marhaen dan ‘detach from reality’ sehinggakan beliau berasa disayangi oleh rakyat walaupun ianya plastik sahaja.

Najib ibarat hidup didalam satu lakunan drama dengan macai disekeliling sebagai pelakun tambahan, director, propman dan cameraman. Beliau dikelilingi orang yang mendapat dedak dari gravy train dan tidak memahami kesusahan rakyat kerana mendapat info dari pembodek sahaja.

Selesai upacara pecah tanah projek, GLC terpaksa menanggung bil berjuta ringgit yang perlu dibayar kepada kontraktor ‘gravy train’ untuk upacara selama 2 jam itu.

Jauh disanubari saya terrfikir apakah tujuan dan maksudnya istilah memuja ‘I Love PM’ ini? Bukankah lebih baik konsep ‘I Love Malaysia’ sebagai slogan perpaduan rakyat berbilang kaum?

Begitu juga idea Satu Malaysia ini yang sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Wahai pemimpin, jadilah seperti Khalifah Umar bin Al Khattab yang suka meronda diwaktu malam untuk mendengar sendiri rintihan rakyat, bukan mendapat feedback dari pembesar dan pembodek sahaja.

Semoga Kerajaan PH mengambil iktibar dari kejatuhan Najib dan Parti Sarkis ini.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Mekah
1 syawal 1439.

sumber celah gelegar


Rakyat akan tolak parti bodoh sombong – Dr Mahathir
Sep 15, 2009


(Harakah) – Janji pembangunan dan perbuatan menabur wang tidak akan berkesan lagi apabila rakyat membenci parti yang bodoh sombong dan mengamalkan rasuah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam apa yang dilihat sebagai respon segeranya terhadap sanggahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terhadap peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun semalam menulis mengenai "orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihan raya terjamin".

Walaupun tidak menyebut nama Samy Vellu, tulisan terbaru Dr Mahathir dalam blognya dilihat sebagai ditujukan kepada bekas Menteri Kerja Raya itu.

Sebelum itu, Samy Vellu membidas peringatan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu.

"Perdana Menteri cakap, bila popular di dalam parti sahaja tak mencukupi. Perlu popular di kalangan rakyat juga.

"Biar saya cakap ini. Kalau popular di dalam parti baru anda bercakap di luar, dengan rakyat. Kalau tak, mereka akan tanya, siapa kamu?" kata beliau.

ImageDalam responnya itu, Dr Mahathir mendedahkan, orang politik yang percaya kedudukan sebagai presiden parti akan menjamin kemenangan pilihan raya itu "berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut".

Hasilnya, kata bekas Presiden Umno itu, mereka menang dalam parti.

"Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini.

"Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap," katanya.

Beliau mengingatkan, apabila pilihan raya umum diadakan maka rakyat dan ahli-ahli parti sebagai pengundi akan menyatakan kekecewaan mereka walaupun mereka tidak dapat membuat apa-apa terutama apabila mulut mereka tertutup.

Perkara itulah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac tahun lalu, katanya.

"Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

"Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

"Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan," kata Dr Mahathir.

Bekas Pengerusi BN itu mengingatkan bahawa kelebihan undi sedikit sahaja kepada parti lawan akan menyebabkan kekalahan.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak mengulas luahan kemarahan seorang perwakilan perhimpunan MIC itu yang mahu mengalungkan selipar pada gambarnya.

Seolah-olah membela tindakan itu, anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.

Apa yang disifatkan sebagai luahan kekecewaan oleh Vell Paari itu berpunca dari pandangan Dr Mahathir sebelum itu.

Ketika diwawancara akhbar Tamil, Makkal Osai, Dr Mahathir berkata, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu kerana marahkan Samy Vellu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Vell Paari juga mengulas kenyataan Najib yang dibidas ayahnya.

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan (perasmian) Najib yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan," katanya.

Kecaman perwakilan MIC terhadap Dr Mahathir itu bukanlah kecaman pertama kali dari dalam BN terhadapnya.

Tiga tahun lalu, Dr Mahathir pernah merungut terhadap penghinaan dan sekatan Umno terhadapnya.

"Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru".

Beliau juga berkata: "Yang itu (sekatan) lebih pelik, lebih menghina saya bahkan jadikan saya pariah dalam Umno. Saya bekas Presiden jadi pariah dalam Umno".

sumber malaysia today



Tak mahu terus berpura-pura, Syed Hamid keluar Umno

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2018 2:48 PM

PETALING JAYA: Tan Sri Syed Hamid Albar secara rasmi mengumumkan keluar dari Umno dan menegaskan beliau tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik.

"Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Syed Hamid sebelum ini pun beliau sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada Umno apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum ke-14 lalu.

"Bagi mereka yang tidak pernah mendengar atau tidak mengetahui kedudukan dan sokongan saya, saya ingin menyatakan dengan jelas dan untuk rekod bahawa saya secara rasminya bukan lagi ahli Umno," katanya.

Syed Hamid berkata beliau kecewa dengan perjuangan Umno, menegaskan bahawa ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.

Syed Hamid berkata walaupun Umno didirikan berdasarkan prinsip-prinsip memastikan bangsa dan budaya Melayu, dan agama Islam ditegakkan dan dilindungi, bahawa ia tidak bermakna kaum, kepercayaan dan tradisi lain harus dipinggirkan.

"Lebih buruk lagi, para pemimpin yang sama ini telah mengamalkan dan mengamalkan sindrom penafian yang telah berlarutan terlalu lama, sebelum ketelusan dan kedaulatan undang-undang memihak kepada kelebihan mereka sendiri.

"Kepimpinan Umno dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti, kerana mereka membenarkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah berleluasa," katanya.

Syed Hamid adalah bekas ahli majlis tertinggi Umno.

Beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013 dan menjalankan pelbagai jawatan menteri sehingga 2009 termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang, Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan juga Menteri Dalam Negeri.

mstar


Khaled: Saya pernah diserang 'budak-budak' Najib
30 Jun 2018



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran 'orang-orang' dan 'budak-budak' Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden Umno berkata ‘orang-orang’ itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

“Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan presiden bahawa Umno ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

“Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur presiden. Mendukung saja beliau,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila ‘terjerumus’ (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

“Tambahan pula, presiden menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala’ lah. Bai’ah lah. Dipergunakan segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.

“Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu juga berkata pendekatan pihaknya dalam memilih untuk menghina negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi antara faktor tumbangnya Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, mereka mengambil jalan mudah dengan menyerang, mencaci, mengungkit dan mempersendakan keturunan Tun Dr Mahathir tetapi lupa akan hakikat bahawa Tun Dr Mahathir pernah berbakti pada bangsa.

“Kerana sikap keras dan sombong kitalah, rakyat menjadi semakin marah kepada kita.

Kerana sikap keras dan sombong kita jugalah, akhirnya Tun Dr Mahathir mendapat ruang dan peluang untuk kembali kepada rakyat dan diberikan sanjungan serta kepercayaan untuk mengemudi semula Malaysia.

Kita akui kita sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan beliau secara matang dan strategik,” katanya.

Beliau berkata Umno juga gagal berpegang kepada nilai untuk berbakti kepada bangsa dan sering mengungkit bahawa orang Melayu harus berterima kasih kepada UMNO atas segala kebaikan dilakukan.

"Kita jadikan Umno jalan untuk mencari pengaruh, nama dan kekayaan, bukan menjadikan Umno ini gerakan amal dan bakti untuk bangsa Melayu,” katanya.

Mohamed Khaled berkata sehubungan itu, semua anggota perlu bertanggungjawab dalam membangunkan semula Umno walaupun bakal memakan masa yang lama untuk dipulihkan.

"Namun, inilah takdir kita. Kita ditakdirkan untuk menempuh dan memikul tugas ini. Kita ditakdirkan untuk memulihkan Umno. Mungkin sebagai kifarah atas kesalahan kita kerana cuai dalam amanah pada bangsa.

“Lalu sekarang, kita harus memilih. Mahu meneruskan Umno ini. Atau membiarkan ia luput dari persada politik Malaysia. Sesiapa yang memilih untuk meninggalkan Umno, kita menghormati keputusan itu,” tegasnya.

- Bernama

malaysiakini


Share this article :

0 comments: