Tuesday, July 17, 2018

tun m dan parlimen


17 Julai 2018, sesi Parlimen Malaysia ke-14





Ucapan YDP Agong Perasmian Parlimen 2018




Agong rasmi pembukaan sidang Parlimen
Oleh Nazura Ngah; Hidir Reduan; Luqman Arif Abdul Karim; Ahmad Suhael Adnan dan Arfa Yunus


SULTAN Muhammad V diiringi Najib dan Ahmad Zahid menerima tabik hormat daripada anggota kawalan kehormat majlis Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Majlis Parlimen Ke-13 di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal keenam Parlimen Ke-13 di Dataran Parlimen di sini, pagi ini.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada jam 10.43 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan baginda ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V menerima sembah 'Hormat Diraja' daripada Mejar Azlan Shah Baharom yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Selepas itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD diketuai Mejar Muhamad Nor Azizan Yahya diikuti tembakan meriam 21 das.

Baginda kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat utama terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai Batalion Pertama RAMD diketuai Azlan Shah.

Selesai istiadat, Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Bilik Diraja untuk bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, manakala Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April selama sembilan hari.

bharian


"Nak cakap apa, cakaplah"
Selasa, 17 Julai 2018 



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen akan mempunyai kebebasan untuk mengutarakan sebarang isu di Dewan Rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, adalah menjadi dasar kerajaan untuk tidak mengenakan sekatan berucap ke atas wakil rakyat di Dewan Rakyat.

“Ahli Parlimen ini susah sikit nak control. Biasanya dia nak cakap dan dasar kita ialah tiada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya kepada wartawan selepas selesai majlis perasmian Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Dewan Rakyat akan bermula bersidang Rabu.

Perdana Menteri juga memberitahu bahawa beliau telah meneliti soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen dan terdapat banyak soalan yang ditujukan dan perlu dijawab beliau.

Kata Dr Mahathir, bagaimanapun beliau belum lagi melihat Rang Undang-Undang dan Akta yang akan dibawa ke sesi ini.

Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerajaan sedang melihat supaya Parlimen membatalkan akta itu setelah pelaksaaan GST pada kadar sifar pada Jun.

Tentang soalan yang mengkritik rancangan kerajaan memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan, Dr Mahathir menjelaskan bahawa SST tidak sama dengan GST.

“Sepuluh peratus jika anda beli, jika tidak beli tak perlu bayar, manakala GST adalah cukai yang menyerang punca. Sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan spontan dan mencuit hati Sultan Muhammad V pada awal ucapan perasmian apabila baginda secara bersahaja menitahkan supaya semua “anggota Parlimen duduk dan tidak lari”, Dr Mahathir berkata siapa yang makan cili, dia akan berasa pedas.”

Kenyataan spontan itu dipercayai merujuk kepada tindakan kebanyakan anggota Parlimen BN dan PAS keluar dewan semalam ekoran ketidakpuasan dengan prosedur pelantikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.

Dr Mahathir berkata, mesej Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya adalah jelas iaitu supaya rakyat negara ini perlu bersikap sederhana dalam semua perkara dan bertimbang rasa terhadap agama yang dianuti orang lain.

“Dan mereka juga harus respect kita punya agama. Kalau kita mula cabul agama lain, then kita akan terima padahnya,” katanya. - BERNAMA

mstar






Share this article :

0 comments: